SIAPA SAYA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya, Zeti Hafiza Zakaria - rakan gaya hidup sihat, cantik, sejahtera dan berjaya anda! Saya seorang wanita bekerjaya berusia 30-an yang telah memilih untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup dengan cara menjadi pengguna dan pengedar produk kesihatan Shaklee.

Sebagai isteri kepada seorang suami yang penyayang bernama Abdul Halim dan ibu kepada empat cahayamata (Ahmad Nabil, Ahmad Naufal, Ain Nashwa dan Ain Nawraa), saya sedar bahawa saya perlu sentiasa sihat, cergas dan aktif demi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Alhamdulillah... bermula dengan Set Menyusu Shaklee tiga tahun lalu, saya akhirnya jatuh cinta dan hari ini kami sekeluarga merasai hidup yang lebih sihat dan gembira.

Blog ini adalah medium perkongsian untuk anda yang mencari maklumat mengenai gaya hidup sihat dan seterusnya mendapatkan produk Shaklee. Sebagai Pengedar Bebas Shaklee sejak 2011, saya telah memberi perkhidmatan kepada ribuan pengguna yang telah berpuas hati dengan produk dan konsultasi yang saya berikan. Saya sangat mementingkan perkongsian maklumat yang TEPAT supaya kebaikan produk Shaklee ini dapat dinikmati oleh lebih ramai orang lagi.

Saya juga merupakan salah seorang leader berkarisma dalam organisasi perniagaan berkonsepkan 'Social Marketing' Shaklee yang dianggotai oleh ratusan ribu rakyat Malaysia. Perniagaan ini telah mengubah hidup ramai wanita muda (terutamanya) yang lebih gemar dengan gaya hidup 'bekerja dari rumah' dengan pendapatan 4 hingga 6 angka sebulan. Anda dijemput menyertai 'keluarga' Shaklee kami dengan menghubungi saya hari ini. Terokai kemampuan anda yang sebenarnya jauh lebih hebat dari yang disangkakan, tingkatkan pendapatan dan kualiti hidup anda melalui Shaklee!

Kenali saya dengan lebih dekat dengan menghubungi saya di laman sosial Facebook dan Google +

Tonton kisah #ShakleeEffect kami:

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

Semoga bermanfaat!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
+6019 036 6681 
zetihafiza.zakaria@gmail.com










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...