Pengalaman bersalin Ain Nawraa : FINALE - Kelam kabut staff labor room dibuatnya!


Kali ni episod akhir pengalaman bersalin anak ke-4 saya. FINALE yang memang sedikit mencemaskan. Boleh baca episod sebelum ni dulu jika tertinggal keretapi. Wah.. bukan main berepisod macam telemovie.

PART 1 - Over aktif & overdue sambil berangan nak waterbirth di PD
PART 2 - False alarm, nesting instinct dan akhirnya...
PART 3 - Nak ke hospital, terpaksa U-Turn sebab tertinggal barang!
Sambungan part finale .... 

Rabu, 18 Mac 2015

8.35 pagi : Akhirnya sampai juga ke Hospital Besar Melaka (HBM) setelah menempuh beberapa minit kesesakan jalanraya. Maklumlah, baby dalam perut ni nak keluar waktu office hour. Macam dijangka, memang susah nak cari tempat letak kereta. Kawan-kawan yang biasa datang ke HBM ni sedia maklum la kan, macam mana keadaannya. Saya minta suami tinggalkan saya di drop zone berhadapan lobi utama hospital. Sakit saya semakin kuat, nak berjalan memang tak larat bila kontraksi tu tiba. Bila kontraksi berhenti seketika, saya cepat-cepat berjalan mencari tempat duduk di ruang menunggu. Lebih 5 minit juga saya menahan sakit menunggu sementara suami dapat parking. Atendan hospital datang membantu dengan membawa kerusi roda, dia risau tengok muka saya yang dah merah padam menahan sakit agaknya. Walaupun saya tidak keluarkan suara dan hanya tersenyum, sebenarnya sakit dah tak tertahan.

Sampai di labor room, saya sedikit lega bila melihat bilangan ibu yang menunggu tidak ramai. Rasanya tidak perlu menunggu bilik bersalin kosong seperti pengalaman bersalin yang lepas. Terserempak pula dengan staff nurse yang membidankan saya sebelum ni. Sempat saya tersenyum bertegur sapa dengan beliau dalam sakit-sakit tu. Siap ketawa sama-sama bila teringat pesanan doktor dulu tak nak jumpa muka saya lagi di wad bersalin dalam tempoh 2 tahun. maaflah doktor, kita jumpa lagi tak sampai 2 tahun.

8.45 pagi : Saya dibawa ke ruang penilaian. Baru je staff nurse bertugas nak letak alat untuk periksa tekanan darah, saya rasa gesa yang kuat. "Boleh tak saya ke tandas dulu, belum buang air lagi sejak bangun pagi?" Terkejut nurse tu, terus dia suruh saya baring untuk buat VE (vaginal examination) atau lebih dikenali sebagai 'seluk'. "Entah-entah awak bukan nak buang air ni, ada rasa nak teran tak?" Selamba saya mengiyakan. Memang la nak teran kalau dah rasa nak ke tandas kan?

Kemudian kami sama-sama terkejut, rupanya bukaan dah 9 ke 10 cm rupanya. Saya ingat mungkin baru fasa transisi 6cm. Sebab kesakitan dia tidak sekuat tiga kali bersalin sebelum ni. Separuh menjerit staff nurse panggil HO dan beberapa orang staff nurse lain. Kelam kabut sekejap bila tag nama, line untuk drip, alat ECG nak dipasang serentak. Mujur sempat juga pakaian saya sempat ditukar ke uniform pesakit. Sehingga saat saya mula meneran pun tag nama baru dipasang, tekanan darah belum diambil dan alat ECG hanya diletakkan sahaja atas perut.

9.10 minit : Alhamdulillah, selamat akhirnya Ain Nawraa lahir dengan ditemani ayahnya dan dibantu oleh 3 orang staff nurse. Syukur dipermudahkan, saya lebih tenang dan tak ambil masa lama untuk melahirkan. Mungkin dah pengalaman ke-4, pandai sikit nak keluarkan baby tanpa meneran sampai habis tenaga dan nafas. 

Saya keluar dari labor room tak lama kemudian setelah dibersihkan dan dijahit bahagian luka luar (hanya sedikit skin tear). Sebelum masuk wad, baru saya tahu... rupanya nama saya belum didaftarkan pun di kaunter labor room disebabkan kelam kabut tadi. 



Sekian kisah pengalaman bersalinkan anak ke-4, Ain Nawraa. Nanti saya akan tulis sedikit catatan mengenai tips-tips yang mungkin berguna untuk bakal ibu yang nak bersalin di hospital kerajaan. Terima kasih kerana membaca!


Superibu in the making,
ZETI HAFIZA

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...