MESTI TAHU! 6 sebab kita perlu cukup protein

Protein sangat diperlukan dalam diet harian kita. Sumber protein harian rakyat Malaysia biasanya datang dari ikan, susu, daging, telur dan kekacang seperti soya. Adakah kita dapat cukup protein setiap hari? Boleh kira keperluan protein anda di sini.

Kenapa penting sangat protein dalam diet harian?

Tanpa protein yang cukup, fungsi normal tubuh badan boleh terganggu. Antara 6 sebab UTAMA protein penting kepada manusia ialah:

1. Bina dan baiki : Bayangkan badan kita ni sebuah rumah. Protein peranan dia macam batu bata dan simen yang membinanya. Tak cukup protein, binaan rumah tadi tak sempurna. Bila ada rosak, protein la bahan yang perlu untuk baiki. Kulit, organ, otot, tisu dan lain-lain semuanya dibina dari protein.

2. Tenaga : Macam kereta yang perlukan minyak, kita perlukan protein sebagai punca tenaga. Walaupun tenaga boleh juga kita dapat dari karbohidrat, protein masih diperlukan.

3. Hormon : Protein ni bahan untuk bina hormon. Katakan badan tak cukup protein, hormon kita pun tak dapat dibina dengan cukup. Bila hormon tak cukup... macam masalah boleh timbul. Contoh, gula dalam badan tak dapat ditukar kepada tenaga bila hormon terlibat tak cukup. Sebab tu boleh dapat diabetes.

4. Enzim : Badan kita penuh dengan tindakbalas biokimia untuk bekerja dengan baik. Contoh, dalam perut kita ada enzim yg kerjanya tolong pecahkan karbohidrat kepada bentuk yang lebih kecil. Jika tak dipecahkan, perut tak dapat serap bahan tu. Umpama buat roti, kena letak yis yang cukup...jika tak, roti yang patut gebu jadi roti penyet. Hehehe.

5. Pengangkut dan penyimpan : Ada protein yang tugasnya jadi 'kenderaan' dan 'stor' kepada sesetengah molekul. Contohnya Haemoglobin, protein yang bertugas angkut oksigen dalam darah ke organ-organ lain. Kurang haemoglobin boleh menyebabkan anemia.

6. Antibodi : Protein juga digunakan untuk bina antibodi untuk lawan jangkitan dan penyakit. Analoginya macam polis yang tugasnya jaga keselamatan dalam negara dan tangkap penjenayah untuk bawa mereka ke muka keadilan. Kalau polis tak cukup ramai atau tak cukup kuat... agak-agaknya aman ke negara kita?

Kesimpulannya, jangan ambil ringan tentang keperluan protein harian kita. Kebanyakan masalah kesihatan datangnya dari pemakanan yang tak sihat dan tak seimbang, bukan sebab lain  pun. Pastikan protein kita cukup dari pemakanan, tambah dengan suplemen protein jika perlu.

Jom Sihat!

ZETI HAFIZA
0199366681

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...