Kenapa harga produk Shaklee mahal?


Saya ingat lagi, mula-mula berkenalan dengan Shaklee ni 2 tahun lepas. Masa tu saya tercari-cari supplement untuk bantu saya menyusukan anak yang berusia 7 bulan. Cerita penuh mengenai kisah saya dengan set menyusu ada di sini. Ketika itu, memang saya agak skeptikal dengan produk-produk supplemen ni. Tapi maklumlah manusia... bila dalam keadaan terdesak apa pun boleh berubah, termasuk cara berfikir. Bila saya 'Google' info mengenai produk untuk bantu ibu menyusu, saya jumpa banyak maklumat mengenai Shaklee. Dan yang paling mencuri tumpuan adalah Energizing Soy Protein a.k.a ESP Isolate Protein yang memang meletup-letup di pasaran sejak dulu lagi.

Setelah beberapa hari buat 'survey' harga, saya batalkan sahaja niat nak beli produk Shaklee. Masa tu dalam keadaan gaji yang cukup-cukup sudah untuk kegunaan harian, saya fikir RM300+ untuk membeli satu set vitamin untuk diri sendiri adalah MAHAL. Saya kira ia adalah KEHENDAK sahaja, bukan KEPERLUAN walaupun ada masa RM300 tu senang-senang je keluar dari poket saya untuk beli benda-benda yang tak perlu.. (heheheheeh)

Kemudian saya cuba cari alternatif lebih MURAH. Akhirnya saya memilih untuk mencuba minuman protein soya jenama **T****T* yang lebih murah (pada pendapat saya ketika itu). Hampir habis satu tin protein soya tu, hasilnya tak seperti yang saya harapkan. Sedikit kecewa dan terkilan juga dibuatnya sampai saya rasa stress dan sedih. Setelah berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk keluarkan sedikit wang untuk beli set menyusu Shaklee. Kira pejam mata jugalah masa beli tu. Suami yakinkan saya, Insya Allah berbaloi melabur untuk kesihatan. Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun mencuba.. hasilnya amat memuaskan hati. Saya rasa sangat berbaloi dan terus mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Ketika itu, tak terfikir lagi untuk cari pendapatan dari Shaklee. Niat hanya untuk dapatkan produk pada harga ahli sahaja.

Beberapa bulan menjadi pengedar dan konsisten meneruskan supplemen Shaklee ini, membuatkan saya semakin rajin belajar dan mencari gali info mengenai produk-produk dan kesihatan. Salah satu yang saya sedar adalah mengenai harga produk Shaklee yang sebenarnya tidak seMAHAL yang saya sangka. Bila buat sedikit research dan pemerhatian peribadi, produk Shaklee adalah jauh lebih JIMAT berbanding dengan barisan produk jenama popular yang dijual secara komersial di farmasi contohnya. Contohnya bila saya bandingkan VitaLea Iron Formula Shaklee (multivitamin) dengan multivitamin jenama **** yang biasa dijual di farmasi.

Harga

  • Sebotol VitaLea berharga RM88.75 (harga runcit) dengan kandungan 120 tablet
  • Sebotol **** berharga RM34.50 dengan kandungan 30 tablet
# cadangan pengambilan VitaLea adalah 2 biji sehari. Sebotol untuk kegunaan 2 bulan. Jadi kos sehari multivitamin anda ialah RM 1.48
# cadangan pengambilan **** adalah 1 biji sehari. Sebotol untuk kegunaan 1 bulan. Jadi kos sehari multivitamin anda ialah RM 1.15

Kesimpulan saya : Sekali kira memang Shaklee lebih mahal dari ***** sebanyak RM0.33 Tapi ni tidak ambil kira harga ahli yang jauh lebih murah. Jika anda konsisten mengamalkan produk Shaklee, menjadi ahli memang pilihan yang BIJAK!


Kandungan


  • VitaLea : Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral
  • ****  : Mengandungi 12 vitamin dan 8 mineral

Kesimpulan saya : Sekali baca memang banyak kandungan yang sama seperti Vitamin A dan Vitamin D3. Dan ada pula yang beza macam langit dan bumi. Biotin dalam Shaklee jauh lebih tinggi dari *****... Jika anda cari info mengenai biotin, anda akan dapati biotin ni mahal, sebab tu kebanyakan pengeluar supplement mengurangkan kandungan biotin


Ujian Klinikal, Kajian dan Analisa (Clinical Research, Research and Testing)

  • Shaklee mengeluarkan kos sebanyak 250 Juta US Dollar setahun untuk menjalankan clinical study, Research and Testing
  • Syarikat **** mengeluarkan kos sebanyak 2 Juta US Dollar setahun untuk perkara yang sama
Kesimpulan saya : Bab ni memang Shaklee sukar ditandingi. Siapalah yang nak keluarkan pelaburan yang tinggi HANYA untuk analisa, ujian dan kajian ke atas produk. Sedangkan banyak lagi kos lain yang lebih menguntungkan jika dibuat pelaburan besar, kan?

Kenapa produk Shaklee Mahal

Setelah membuat perbandingan, sekarang saya faham kenapa produk Shaklee lebih 'mahal' dari produk lain. Dengan mengambil contoh di atas, boleh saya katakan produk Shaklee adalah berkualiti dari segi bahan yang digunakan dan yang pasti terjamin keselamatan dan keberkesanannya kerana telah melalui saringan dan ujian klinikal yang ketat. Secara peribadi saya rasa tidak adil untuk bandingkan VitaLea Shaklee dengan multivitamin ***** kerana sebenarnya keduanya tidak sekufu 'par' pun. Tapi bila saya mencari-cari multivitamin lain, memang nyata tak setaraf untuk dibuat perbandingan. Itupun perbandingan dibuat dari tiga aspek sahaja. Ada lagi yang boleh dibandingkan, cuma tak perlu diperincikan di sini.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...