10 tips untuk suami isteri yang PJJ (perhubungan jarak jauh) supaya rasa macam baru bercinta!


Sebenarnya memang tiada istilah perkahwinan/ perhubungan jarang jauh sebelum ni. Tapi bila ada kawan-kawan dalam situasi tinggal berasingan dengan pasangan masing-masing, mulalah kedengaran usikan 'PJJ' atau 'Touch N Go'. Sejak zaman nenek moyang kita, hubungan jarak jauh ni bukanlah sesuatu yang asing dan pelik. Ada isteri dan anak-anak ditinggalkan berbulan-bulan malah bertahun-tahun bila suami ditugaskan bekerja ke luar stesen hingga beribu batu jaraknya. Ada juga terpisah kerana salah seorang pergi menyambung pelajaran ke luar negara. Perpisahan ini biasanya untuk jangkamasa tertentu, yang tidak semua pasangan berpeluang melaluinya. 

Bagi yang bernasib baik terpaksa menghadapi cabaran berjauhan ini, 10 tips di bawah mungkin berguna untuk anda : 

1. Sentiasa positif

Sangat penting untuk sentiasa kekal positif di saat berjauhan dengan pasangan. Belajar berfikir secara sihat, jangan ikutkan emosi dan bergaul dengan orang sekeliling yang positif. Sentiasa kawal apa yang kita fikir, cakap dan buat setiap hari. Bila pekara negatif menguasai diri, sangat mudah masalah timbul antara pasangan yang berjauhan walaupun dalam hal-hal yang remeh.

2. Teruskan berdoa

Senjata orang beriman adalah doa. Tak kira dalam kesusahan atau kesenangan, sentaiasalah berdoa. Minta kekuatan dari Pencipta kita, kerana ujian berjauhan ini adalah ketentuanNya dan ada sebabnya. Mohonlah dipermudahkan dan diberi bantuan serta petunjuk dalam menghadapi cabaran ini. Doa mampu menenangkan hati dan perasaan kita, pasangan serta anak-anak. Amalan doa wirid Rabithah dalam Al-Ma'thurat (susunan Imam Hassan Al-Banna) antara yang baik diamalkan untuk menguatkan ikatan hati di antara suami isteri serta anak-anak. 

3. Selalu berhubung

Komunikasi menjadi faktor penting dalam mengekalkan hubungan yang sihat. Bila berjauhan, berhubunglah secara tetap menggunakan apa sahaja media yang ada. Sebaiknya hubungan hendaklah secara fizikal dan dua hala melalui visual atau suara. Jika tak berkesempatan, hubungan melalui teks juga membantu. Internet sangat membantu untuk panggilan video atau suara, chatting, rakaman audio dan gambar. Tak kira anda nak menggunakan medium WhatsApp, Skype, Google HangOut atau Facebook.. asalkan berfungsi dalam berhubung.

4. Bantuan visual

Lelaki secara nalurinya lebih bersifat visual, berbeza dengan wanita yang lebih emosional. Jangan malu-malu untuk hantar gambar anda berselfie kepada suami. Boleh juga kirim video untuk berkomunikasi secara privasi. Tak perlu 'touch-up' atau 'filter' gambar berlebihan tetapi jadilah diri sendiri. Ingatkan pasangan tentang keistimewaan diri anda, terima seadanya dan sekadarnya. 

5. Kekalkan kemesraan

Bila berjauhan, jangan lupa kekalkan kemesraan walaupun hanya melalui telefon atau teks. Sesekali buat kejutan atau temujanji di alam maya. Mungkin boleh buat panggilan lewat malam sebelum tidur sambil 'flashback' zaman bergayut berjam-jam di telefon masa bercinta dahulu. Atau luangkan masa ber'chatting' dengan jenaka atau usikan nakal yang boleh membuatkan anda tersenyum sendiri sepanjang hari.

6. Sibukkan diri

Sementara berjauhan, sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran bila tiba waktu senggang. Rasa bosan keseorangan akan menyebabkan anda rasa stress, hilang arah dan sedih teringatkan pasangan dan anak-anak. Waktu begini boleh diisi dengan mengikuti aktiviti keagamaan di masjid berdekatan, selesaikan kerja pejabat yang tertangguh atau lakukan hobi baru anda. Elakkan diri dari lakukan perkara negatif dan tidak sihat ketika bosan.

7. Sentuhan peribadi

Tentu ada sesuatu 'trademark' atau sentuhan peribadi pasangan yang boleh membuatkan anda selalu mengingatinya dalam cara yang unik. Mungkin tabiat menulis surat al-ala zaman dahulu, kad ucapan yang dibuat sendiri atau hasil senitangan pasangan pada cederahati dan sebagainya. Boleh jadi juga jika anda masing-masing ada t-shirt yang sama corak, jam tangan pasangan atau sulaman nama eksklusif pada sapu tangan dan lain-lain. 

8. Countdown

Sesetengah orang rasa lebih gembira bila sama-sama 'countdown' tarikh pertemuan seterusnya bersama pasangan. Boleh juga anda gantungkan kalender kuda dan tanda pangkah untuk hari-hari yang dah berlalu bagi mendatangkan semarak ingin bertemu semula. Tapi jika anda jenis tak sabar mengira hari, boleh lupakan sahaja idea ini untuk elakkan stress.

9. Gaya hidup sihat

Ramai yang abaikan kesihatan bila berjauhan dengan suami/ isteri. Jangan terkejut jika perut suami anda sedikit buncit atau berat badan isteri bertambah bila bertemu semula selepas beberapa ketika. Rasa sedih atau murung boleh buatkan kita abaikan kesihatan. Amalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Badan sihat akan menjamin kesihatan mental dan rohani. Selain itu, perubahan tahap kesihatan yang lebih baik boleh jadi kejutan istimewa untuk pasangan. Suami mana yang tak seronok bila dapati isteri makin cantik selepas sekian lama tak jumpa, kan?

10. Sentiasa bersyukur

Bila datang rasa dukacita dan tertekan dengan keadaan berjauhan, lihat sekeliling dan bersyukurlah. Hubungan anda sebenarnya telah bertahan sekian lama dan diuji sebegini untuk bertambah kuat sebenarnya. Berapa ramai pasangan yang tidak dapat bertahan bila diuji, dan anda sudah tentu tidak mahu jadi seperti mereka. Keadaan berjauhan ini Insya Allah tak selamanya dan hanya sementara. Anda lebih bertuah dari suami/ isteri lain yang telah kehilangan pasangan mereka selama-lamanya yang pergi menghadap Ilahi. Bersyukur dengan saat-saat anda dapat bersama, dan bersyukur juga dengan jarak jauh yang hanya menambahkan kasih sayang antara anda dan pasangan.

Jadi, jangan sedih atau rasa susah. Tidak ada sesuatu pun yang Dia jadikan dengan sia-sia tanpa sebab. Dan ingat juga, kita sebagai hambaNya.. tidak diuji dengan sesuatu yang kita tak mampu dihadapi. 

Syukur Selalu!

Kak Piz Zeti Hafiza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...