Pengalaman bersalin Ain Nawraa : PART 1 - Over aktif & overdue sambil berangan nak waterbirth di PD

Dah dekat dua bulan bersalinkan anak keempat, puteri kedua hamba - Ain Nawraa. Mood babymoon sebenarnya belum habis, ibu terpaksa juga move on sebab dah nak start kerja tak lama lagi. Sebelum memori ibu dia ni makin penuh, eloklah dipindahkan semua ke dalam blog untuk tatapan anak cucu dan perkongsian dengan kawan-kawan juga. (Amboi, bukan main nak bercucu.. hehehe)

Mengandung dengan kuasa 'LUAR BIASA'


Bukan sedikit cabaran masa mengandungkan anak ke-4 ni. Kakaknya baru 10 bulan ketika si adik hadir dalam rahim saya. Kesibukan dengan pengajian menyebabkan saya hanya sedar saya mengandung ketika kandungan menghampiri 12 minggu. Padahal masa tu, saya sangat sibuk dengan kerja makmal sepanjang bulan Ramadhan. Hanya tidur beberapa jam sehari dan pada masa sama menguruskan tiga anak yang lain. Si kakak masih menyusu badan. Rasa macam ada kuasa 'LUAR BIASA' semasa mengandung Ain Nawraa. Walaupun rehat, tidur dan makan agak tidak teratur... saya masih cergas, malahan ada kawan-kawan berpendapat saya lebih aktif berbanding orang yang tidak mengandung. Sebenarnya saya cuba pastikan sepanjang hamil kali ni saya dapat makanan yang sihat dan seimbang, minum cukup air, tidur lena (walaupun sekejap) dan tidak sesekali terlepas pengambilan suplement pilihan saya untuk ibu mengandung. Bukan saya pandai-pandai kata tau, tak percaya boleh dengar apa kata pakar kesihatan, Dr. Jamie Mac Manus dalam video ni (bakal ibu WAJIB tengok kalau nak jadi supermom macam saya):




Kisah pada hari due date bersalin


Beberapa minggu sebelum due date bersalin, saya dijemput untuk sertai Supermom Team Building di Port Dickson. Acara yang julung-julung kali dianjur oleh Mentor Business saya, Master Hadhatina MKB ni memang saya nanti-nantikan. Tapi, memandangkan tarikh program adalah SAMA dengan tarikh jangkaan bersalin.... saya teragak-agak untuk hadir pada mulanya. Naluri hati saya kuat menyatakan yang saya tidak akan bersalin pada hari tersebut dan saya yakin dapat hadir hingga tamat program. Mujurlah pada pemeriksaan terakhir sebelum itu, doktor mengesahkan saya mungkin bersalin 1-2 minggu lagi memandangkan REDD (reestimated due date berdasar kan saiz janin) beberapa hari lagi. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk hadir Team Building tersebut. Hospital PD pun dokek je dengan tempat program.

Alhamdulillah, kami sekeluarga diizinkan berada di sana sepanjang program. Walaupun saya ada rasa sedikit keletihan dek kerana turun naik tangga dan berjalan beberapa minit ke dewan program dalam cuaca panas... semangat berpasukan dan rasa sayang pada group Supermom menguatkan saya. Rata-rata sahabat lain tahu saya dijangka bersalin hari tu, maka ramailah yang mengambil berat... rasa disayangi sungguh. 


Gigih sungguh saya share kat depan walaupun bercakap dah termengah-mengah. Baby pun bukan main aktif dalam perut tu. 

Overdue juga akhirnya.. sempat berangan nak waterbirth dalam swimming pool


Hari kedua program, secara rasminya kandungan saya telahpun overdue. Agaknya anak perempuan memang begitu. Si kakak Ain Nashwa pun overdue sehari. Saya cuba rehatkan diri sambil santai-santai di dalam program. Alhamdulillah.. hikmah datang program ni saya dapat luangkan hujung minggu dengan keluarga sambil berukhuwah. Sempat juga saya mandi di swimming pool dan kemudian mandi laut... sambil bergurau, kawan-kawan mengusik nak bidankan saya bersalin kaedah waterbirth dalam air tu! Seronok juga bila saya fikirkan, sambil berangan-angan waterbirth tepi pantai. Heheheh. Sebelum balik, sesi terakhir Team Building itu juga merupakan sesuatu yang menaikkan hormon gembira ibu yang sedang bersemangat nak bersalin. Sesi pra-pelancaran gameboard MASTERIA yang diilhamkan oleh leader hebat kami. Seronok betul dapat main gamboard ni. Terlupa sekejap dah overdue dan hilang letih selepas aktif seharian di dalam program. Tak percaya cuba buka video bawah ni, pada minit ke 2:10 nanti tengoklah muka saya masa main gameboard ni.... takde rupa ibu tengah overdue bersalin kan? Hehehehe....





Ok, sampai di sini dulu. Bersambung PART 2 di sini ye

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...