Tukar pencuci rumah boleh membantu masalah eczema anak!

Sebenarnya dulu sebelum berkahwin hingga beranak satu, saya sangat suka buat koleksi bahan cuci di rumah. Macam-macam jenis dan jenama pencuci di pasaran, berada di rak bahan pencuci rumah saya. Yang cuci baju lain, pewangi baju lain, glass cleaner, kitchen cleaner, dish wash, floor cleaner, peluntur, cecair sental karat, pencuci kereta dan segala macam bahan cucian rumah saya ada. Itu belum masuk pewangi rumah, tandas, kereta, dapur dan macam-macam bahan berasas kimia di rumah.

Detik perubahan

Segalanya berubah selepas melahirkan anak kedua. Anak saya, Naufal disahkan menghadapi masalah eczema semasa berusia 6 bulan. Semakin hari semakin teruk keadaan Naufal walaupun dah dapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Macam-macam ubat oral dan sapu saya beri atas nasihat doktor. Pemakanan pun cuba dikawal supaya tak terambil makanan yang boleh mencetus eczema. Tapi keadaan Naufal sekejap baik dan sekejap tidak. Salah satu masalah Naufal,  dia tidak boleh langsung pakai sabun yang ada pewangi. Baju yang dibasuh dengan sabun cucian biasa yang wangi pun boleh cetuskan serangan eczemanya.
Hinggalah satu hari saya terbaca di satu website dari USA yang menceritakan pengalaman ibu yang berjaya menangani masalah anak eczema dengan menukar bahan cuci rumah dengan yang lebih mesra alam.

Tukar kepada yang semulajadi

Walaupun sukar pada mulanya, akhirnya saya nekad bertukar kepada set pencuci GET CLEAN Shaklee. Alhamdulillah, ternyata pilihan saya tepat. Beberapa minggu selepas tu, saya mula sedar perubahan pada Naufal. Dia tidak lagi alah pada pakaian yang baru dibasuh. Eczemanya datang juga bila tersalah makan.. tetapi tak teruk seperti sebelum ini.

Kenapa GET CLEAN

Set pencuci GET CLEAN Shaklee ni terdiri dari 4 produk sahaja iaitu :

1. Fresh Laundry Concentrate - pencuci pakaian
2. Soft Fabric Concentrate - pelembut fabrik
3. Hand Dish Wash Liquid Concentrate - pencuci pinggan
4. Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate - pembersih pelbagai guna

Kelebihan set ini berbanding pencuci lain :

1. Mesra alam kerana dibuat dari bahan semulajadi seperti kelapa, sayur-sayuran dan garam mineral.
2. Tanpa bahan kimia berbahaya seperti phosphate dan chlorine
3. Jimat kerana rumusan pekat yang memerlukan sukatan sedikit untuk cucian yang banyak
4. Selamat untuk digunakan di rumah yang ada bayi dan kanak-kanak atau mereka yang mempunyai masalah alergi dan asthma
5. Terurai sempurna secara biologi, tidak meninggalkan kesan pencemaran kimia kepada alam sekitar
6. Haruman yang sedap dihidu dan menyegarkan

Bagaimana jika saya cadangkan anda bertukar kepada set GET CLEAN ini? Bukan sahaja lebih selamat untuk keluarga dan rumah kita, sekurang-kurangnya kita menyumbang kepada usaha mengurangkan pembuangan bahan kimia dan toksik ke alam sekitar.  Usaha kecil ini mungkin bermanfaat pada generasi akan datang.

Bertindak sekarang. Kita mampu ubah!

ZETI HAFIZA
0199366681

5 golongan yang perlu suplemen protein

Bila sebut mengenai suplemen protein, ramai ingat ia hanya diperlukan oleh kanak-kanak, ibu-ibu dan ahli sukan sahaja. Protein secara asasnya diperlukan oleh semua orang untuk kesihatan menyeluruh. Tanpa kita sedar, kebanyakan kita sebenarnya tidak mengambil protein yang mencukupi dalam diet harian. Bagi sesetengah golongan, pengambilan suplemen protein adalah sangat perlu untuk kesihatan mereka.

Berikut adalah 5 golongan yang memerlukan suplemen protein :

1. Orang yang sedang cuba turunkan berat badan

Pengambilan protein membantu rasa kenyang yang lebih berbanding karbohidrat dan lemak. Secara semulajadi, mereka yang ambil lebih protein akan lambat rasa lapar dan kurang makan kerana berasa 'puas' dengan diet protein.

2. Mereka yang mengalami masalah gula dalam darah atau masalah berkaitan metabolisma

Kajian menunjukkan, pengambilan lebih protein akan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dan memperbaiki kadar metabolisma, sekaligus menyokong kesihatan kardiovaskular.

3. Ahli sukan atau yang aktif bersukan

Protein perlu diambil mencukupi oleh golongan ini untuk membantu pembinaan otot yang bekerja keras semasa bersukan.

4. Warga emas atau mereka yang sedang sakit berat

Golongan ini biasanya mengalami kemerosotan otot dan tisu akibat proses penuaan dan kesakitan yang kronik. Suplemen protein boleh membantu kerosakan tisu berlebihan yang boleh memberi kesan sampingan pada warga emas dan mereka yang sedang sakit.

5. Orang yang sangat stress atau tekanan berpanjangan

Ketika berada dalam keadaan sangat tertekan, tenaga banyak digunakan untuk menyokong keperluan badan hingga menyebabkan kehilangan protein lebih cepat dari biasa. Pengambilan suplemen protein sangat digalakkan untuk membantu keadaan ini.

Jika anda salah seorang dari 5 golongan di atas, pastikan anda mendapatkan suplemen protein dalam diet harian. Jangan percaya tentang mitos pengambilan suplemen protein boleh menyebabkan kanser dan penyakit buah pinggang.  Kerana kajian menunjukkan pengambilan 35% protein dari kalori harian tidak menyebabkan kanser pada mereka yang amalkan makanan seimbangi dan tidak juga menyebabkan penyakit buah pinggang kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Suplemen protein pilihan saya? Tentunya ESP Soy Protein Isolates dan MealShakes dari Shaklee...

Dapatkan suplemen protein terbaik hari ini...

ZETI HAFIZA
0199366681

Rahsia Berjaya dalam Bisnes Shaklee Terbongkar dalam Kelas 'Back To Basic' Fantastic Star Team

Alhamdulillah... hari ni saya berjaya mengendalikan satu sesi kelas 'Back To Basic' bersama sideline yang juga buddy dalam bisnes Shaklee iaitu Puan Hairul Nisah, pemilik Anisvitashop yang sangat membantu dan bermotivasi. Kelas ni diadakan di My iReach Centre, Bangi yang dimiliki Master Lyna Noh dan Zainul Anuar... yang juga salah seorang upline dan mentor kami.

Kelas ni khas untuk downline di bawah kumpulan kami, terutamanya yang mahu mendapatkan gambaran tentang peluang yang ditawarkan dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee.

Sesi pertama dimulakan oleh saya sendiri sebagai pengasas Fantastic Star Team mengenai sejarah, peluang dan pelan pemasaran Shaklee. Kemudian satu slot khas perkongsian kejayaan Puan Khairani Bahauddin (RedComelMall.com) yang merupakan seorang WAHM (work at home mom) beranak lima tetapi mampu menguruskan bisnes Shaklee hingga ke tahap membanggakan.  Sesi ketiga dan penutup diakhir oleh Puan Hairul Nisah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang nak memulakan dan berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Dalam kelas ini didedahkan 'RAHSIA BESAR' kejayaan kumpulan kami antaranya Master Checklist, RCA, Magic Book dan sebagainya.

Saya berterima kasih kepada semua sahabat dalam team FST terlibat dan hadir.. Insya Allah saya doakan semua bertambah maju dan berjaya dalam Shaklee di masa akan datang. Saya percaya yang hadir ini adalah mereka yang ingin menggunakan potensi diri dan peluang yang ada untuk meningkatkan kualiti hidup sekeluarga.

Jangan risau jika anda masih belum menemui kumpulan atau business partner yang sesuai untuk memulakan perniagaan Shaklee anda. Hubungi saya untuk sertai kumpulan kami yang Fantastic ini. Kita akan bersama-sama mendaki ke puncak kejayaaan!

Jumpa di sana....

ZETI HAFIZA
019-9366681

10 sebab kenapa patut bawa bekal makanan ke sekolah/ pejabat

Kecoh sekejap di media sosial semalam apabila Pak Menteri beri cadangan rakyat Malaysia patut bawa bekal ke sekolah/ pejabat.  Cadangan ni timbul lepas subsidi minyak dikurangkan dan harga barang makanan mula naik sejak akhir-akhir ini.

Kawan-kawan geng ibu-ibu pun asyik buat 'hot chat' di WhatsApp Group. Saya tiada pendapat khusus, tapi saya yakin setiap benda mesti ada pro dan kontranya. Tanpa mengambil kira isu ini yang mungkin dipolitikkan, saya sebagai ibu dan isteri sebenarnya lebih suka memandangnya dari aspek positif.

Secara peribadi, saya terfikir 10 sebab kenapa kita patut bawa bekal pada zaman sekarang :

1. Jimat wang : Ini sudah semestinya. Sekarang ni makan nasi bungkus dengan ikan goreng dan sayur pun dah dekat RM8 seorang. Bayangkan sehari isteri, suami dan anak punya kos makan tengahari... mungkin hampir RM20. 5 hari bekerja dah RM100. Tak masuk kos minyak kete nak ke tempat makan. RM100 kalau beli lauk di pasar, boleh makan seminggu kalau pandai bajet kan...

2. Jimat masa : biasanya waktu rehat pejabat cuma sejam. Waktu yang sama nak solat, ibu nak mengepam susu dan makan. Terkejar-kejar nak makan di kedai. Sudahnya lewat masuk pejabat semula.

3. Menepati selera : Bila bawa bekal ni, boleh la masak ikut selera sendiri. Nak pedas ke masin ke manis ke. Makan di kedai ni kadang tak boleh pilih sangat pun.

4. Lebih bersih dan suci : bagi yang sangat ambil berat tentang bersih dan suci... bawa bekal adalah pilihan terbaik. Tak perlu runsing tentang bab kebersihan dan kesucian makanan, tukang masak berhadas atau tak... dan sebagainya.

5. Lebih sihat dan berkhasiat : Masak sendiri bolehlah pilih menu berrkhasiat. Anak-anak ke sekolah kadanh kita tak pasti di mana suit dibelanjakan. Hidangan pun mungkin melepaskan batuk di tangga sahaja.

6. Eratkan kasih sayang : Air tangan isteri/ ibu adalah pengerat kasih sayang dalam rumahtangga. Tak boleh dinafikan. Tengok sahaja zaman mak dan nenek kita.

7. Rapatkan silaturahim : satu cara nak rapatkan silaturrahim di pejabat atau sekolah ni, boleh kongsi dan tukar-tukar bekal ngan kawan-kawan. Ala-ala potluck...

8. Tambah kecekapan ibu/ isteri di dapur : Mak-mak akan tambah cekap di dapur. Kena bangun awal masak, dan cekap siapkan dalam masa yang singkat. Selalu masak lama-lama memang kalah la MasterChef.

9. Lembutkan hati suami dan anak-anak : Selain kasih sayang... makan hidangan dari rumah ni melembutkan juga hati ahli keluarga.  Jika yang nakal-nakal ni, percaya atau tidak... bisa dilembutkan dengan air tangan ibu. Maklumlah.. memasak ni ada petua dan amalan tertentu juga

10. Alasan nak beli Tupperware baru : Ni alasan ibu-ibu peminat Tupperware atau tipuware.. hehehe... jangan marah ye bapak-bapak. Keperluan ni ganti-ganti bekas. Lagipun anak ramai.. 

Setakat ni sahaja pendapat saya. Yang pasti, ambillah sesuatu isu tu dari sudut positif. Ok je nak bawak bekal. Buat apa nak malu. Bangga lagi ada la...

Sambutlah kempen kerajaan dengan rasa cinta... Hehehe

Sebarkan cinta!

ZETI HAFIZA

Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 11

Tak sampai seminggu dapat berita gembira mengandung, suami tercinta a.k.a bapakbudak dah nak bertolak ke US untuk hadir Global Conference Shaklee. Rezeki kami tahun ni.. Percutian 6 bintang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee kepada leader-leader terpilih yang melepasi syarat ditetapkan. Mungkin hati wanita hamil ni lebih sensitif dari biasa, saya sendiri sebenarnya rasa tak gembira bila berjauhan dengan bapakbudak hampir 2 minggu. Mabuk pun tengah memuncak, sindrom lapar tak kenyang-kenyang pun dah datang. Lepas makan dah lapar balik. Selera mengandung kali ni suka masakan yang masam dan pedas. Sanggup hari-hari masak asam pedas, asam rebus, tomyam dan sewaktu dengannya. Pulak tu.. masakan orang lain tak lalu dengan selera. Mabuk-mabuk pun gagah masak untuk makan sendiri.
Info : Bayi dalam kandungan yelah terbentuk sepenuhnya. Jari jemari mula terbuka dan sebahagian tulang telah mula mengeras. Bayi aktif bergerak dan berpusing-pusing dalam ruang rahim yang masih luas. Ibu mungkin mula mengalami ketidakselesaan seperti pedih ulu hati,  sembelit dan kurang selera. Kebanyakan ibu tidak menambah berat pada masa ini. Jangan risau, semua keadaan ini akan bertambah baik menjelang beberapa minggu lagi
... bersambung nanti ye...

Zeti Hafiza


5 tips dan tricks ajar anak makan sayur & buah

Haaa.... mesti ada mak-mak yang hadapi masalah ni kan? Memang susah hati hati kita ni bila anak tak suka makan sayur dan buah. Kalau makan pun, bukan takat memilih... sikit je yang mereka makan.

Saya hadapi dilema yang sama dengan anak sulung yang sekarang dah berusia 6 tahun. Mujur dua orang adiknya tak mengikut, malah mereka berdua memang suka sangat sayur dan buah hinggakan berebut-rebut walaupun tinggal batang sayur je.
Setelah macam-macam cara dicuba, akhirnya sekarang Nabil dah mula makan sayur. Mungkin ada banyak idea dan pengalaman ibu-ibu otai di luar sana, tapi saya nak kongsi 5 tips dan tricks (helah) yang berjaya mengubah Nabil. Berikut adalah cara saya dah cuba :

1. Helah 'masa baby' :
Bagusnya Nabil ni.. dia suka tolong saya di dapur. Selalu saya beri tugas mudah seperti ambilkan sayur dalam peti sejuk, patahkan kacang panjang, ambilkan bekas dll. Sambil tu saya akan cerita kisah dia masa baby. Dalam cerita tu saya akan selit kisah Nabil suka makan kacang panjang contohnya. Selalu bila saya tanya.. "ingat tak dulu masa baby Nabil suka makan kacang ni?" Dah tentu jawapan dia "Ingat.. ingat.." dan nanti saya guna modal yang sama waktu makan.

2. Kuat macam ayah :
Helah ni pun menyeronokkan juga. Biasanya di kalangan anak-anak ni, ibu ayah lah hero pertama mereka. Gunakan peluang ni sebaiknya. Bila dia nak juga hebat main sukan macam ayah, saya pun masuk jarum... 'ayah suka makan sayur, sebab tu ayah jadi hebat main kriket'.  Kadang-kadang ayah saja je tunjuk muscle lengan dan beritahu Nabil.. nak kuat macam ni kena makan sayur tau.

3. Bila demam selsema @ tak sihat :
Setiap kali Nabil tak sihat atau demam selsema... saya akan cerita macam mana sayur-sayur tu bila dimakan akan ditukar kepada vitamin, zat dan lain-lain yang akan tolong lawan kuman jahat penyebab penyakit. Selalunya memang bersemangat dia nak cuba makan sayur. Tapi pandai-pandailah jawab bila sejurus makan sepotong lobak, dia tanya : "Kenapa tak hilang phn selsema ni?"

4. Tiru macam kawan-kawan :
Satu lagi tips, kenali kawan-kawan mereka. Bila Nabil mengelak makan sayur... saya akan tanya tentang kawan-kawan dia yang makan sayur di sekolah. Lebih-lebih lagi kalau tau siapa kawan baik, lagi senang... Bakar semangat berlumba-lumba makan sayur anak kita ni.

5. Kreatif dalam masakan :
Tips ni biasa ibu-ibu buatkan.. cum ambil masa juga. Sesekali tukar angin,  buat kelainan dalam penyediaan sayur dan buah ni. Tempura bayam rasa macam keropok 'jajan' je tau. Atau buah-buah kita celup coklat atau manisan lain sebelum hidangkan kepada mereka.

Selamat mencuba!

7 tips cegah tekanan darah tinggi

Di Malaysia, lebih 40% rakyat berusia lebih 30 tahun mengalami tekanan darah tinggi. Bahaya tekanan darah tinggi ni, boleh menyebabkan macam-macam masalah kesihatan yang lebih serius seperti serangan jantung, strok dan kegagalan jantung.
Walaupun mereka yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko dapat tekanan darah tinggi sebanyak 90%... sebenarnya ia boleh dicegah awal dengan beberapa langkah seperti :
1. Kekalkan berat badan normal : Kajian mendapati, lebih separuh dari pesakit darah tinggi di Malaysia ni mempunyai berat badan berlebihan. Dalam kajian tu juga mendapati, tekanan darah mulai menurun bila berat badan pesakit mula menurun.
2. Kurangkan garam dalam makanan : Garam atau bahasa sainsnya sodium memang perlu dalam badan manusia. Tapi,  kandungan garam yang tinggi dalam darah... sistem badan akan 'pam' air ke dalam salur darah untuk cairkan garam. Kesannya, isipadu darah bertambah dan tekanan darah naik.
3. Tambah unsur kalsium, magnesium dan potassium dalam makanan : Didapati pesakit yang makan makanan yang tinggi keriga-tiga unsur tersebut selama 8 minggu berjaya menurunkan tekanan daeab tinggi kepada normal. Sayur, buah-buahan dan susu rendah lemak sangat sesuai untuk masalah ini kerana kaya dengan kalsium, magnesium dan potassium
4. Aktifkan diri dengan aktiviti senaman:  Hanya dengan berjalan 20 minit selama 3-5 hari seminggu dapat menurunkan tekanan darah tinggi,  menurut satu kajian di United Kingdom.
5. Buat tabiat merokok : Mengurangkan sebatang rokok sehari sahaja boleh menjadikan salur darah lebih 'sihat' dari biasa. Walaupun anda muda, kurus dan sihat... merokok boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi sehingga lebih 20%
6. Kurangkan stress : Sentiasa cuba bertenang dengan masalah dan situsai harian yang mungkin memberi tekanan. Cari masa untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan serta luang masa untuk hobi anda selain asyik sibuk bekerja.
7. Tidur dan rehat yang cukup : Jangan ambil mudah tentang rutin tidur dan rehat. Kebanyakan mereka yang kurang tidur atau tidur tak berkualiti akan lebih mudah dapat penyakit darah tinggi ini.

Rasanya langkah mencegah ini lebih MUDAH dan MURAH dari mengubati kan? Kawan-kawan yang masih muda, ambil tindakan sekarang untuk baiki cara hidup bagi elak masalah kesihatan di hari tua. Yang telah mengalami masalah ini, jangan risau... belum terlambat untuk kita perbaiki cara hidup dan kembalikan kesihatan kita.

Supplement juga membantu masalah ini. Berikut adalah antara cadangan produk Shaklee untuk mencegah dan menangani masalah darah tinggi. Salah satu atau kombinasi ini boleh anda pilih ikut kesesuaian:


  1. Vivix : bertindak pada peringkat sel untuk menyokong kesihatan jantung
  2. Omega Guard : Asid lemak baik yang bantu seimbangkan kolesterol dalam darah
  3. Garlic Complex : Terkenal secari tradisonal untuk membantu aliran darah sihat
  4. CoQ Health Plus :  Menyokong jantung dan salur darah yang sihat serta peredaran darah yang lancar
Insya Allah, kombinasi cara hidup sihat dan supplement semulajadi ini dapat membantu mengelak dan mengawal masalah darah tinggi yang boleh menyebabkan maut ini. 

Hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi! 

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681


Resipi Singgang Daging Kak Pis Terengganu (celup)

Hari ni hari minggu, tetapi saya terpaksa ke makmal awal pagi hingga menjelang tengahari. Ada kerja nak siapkan. Sampai rumah, tergesa-gesa nak masak untuk suami dan anak-anak. Kesian mereka, sekejap lagi dah lapar agaknya.
Ada daging dan ikan dalam peti sejuk. Spontan dapat idea nak masak Singgang Daging bila teringat nak masak benda yang cepat siap. Saja tukar angin, kalau tak hampir setiap hari menu kami ikan... favourite anak beranak katakan.
Saya pertama kali makan masakan ni tahun 2002 ketika belajar di Terengganu. Masa tu ada sambutan Aidil Adha, kami buat "bekwah" di kampus masak beramai-ramai. Syukur dapat peluang belajar masak hidangan ni dari kakak senior.
Masakan ni sememangnya menu sihat - tiada minyak dan kaya dengan herba-herba dan rempah. Sesuai juga untuk ibu sedang berpantang lepas bersalin.
Walaupun saya orang Melaka dan masakan saya ni tak tahu lah kena ke dengan resepi asal dan selera orang Terengganu Asli... Alhamdulillah,  yang penting kami sekeluarga berselera makan hari ni.. lawan pula dengan terung berlada, bertambah-tambah nasi sampai licin periuk.
RESEPI SINGGANG TERENGGANU
Bahan-bahan
Daging lembu segar (anggaran 3 orang makan - saya tak timbang, anggaran 300g kot)
3 ulas bawang merah (mayang halus)
1 ulas bawang putih (mayang halus)
1 inci lengkuas (ketuk)
1/2 inci kunyit (hiris)
1 batang serai (ketuk)
1 keping asam keping
Sedikit biji ketumbar, jintan putih dan lada hitam (tumbuk kasar)
Garam dan *gula merah (jika suka) secukup rasa
Air secukupnya
sangat-sangat
Cara masak (paling saya suka sebab senang sangat-sangat)
Campurkan semua bahan kecuali gula merah dalam periuk dan masak atas api sederhana hingga daging empuk, air cukup masak dan mendidih.
Perasakan dengan sedikit sahaja gula merah.
Siap!
Nota :
Kawan saya kata Singgang Kelantan lain sikit, ada halia dan lada/ cili. Wallahua'alam.
Jika tak suka masam, boleh masukkan asam keping kemudian
Saya kurangkan lada hitam sebab makan dengan anak-anak kecil
Selamat Mencuba!
- Kak Pis Terengganu Celup -

Teka jantina anak dalam kandungan? Catatan Sedikit Pengalaman Peribadi Saya...

Biasa la kan.. bila mengandung ni, dalam hati memang berteka-teki jantina anak dalam perut. Bukan tuan punya badan je... habis semua keluarga, kawan, jiran dan amoi kedai jahit pun sama main teka-teka.
Kalau dengan cerita-ceriti orang dulu, orang tua-tua tak kira bangsa Melayu, Cina hatta Turki sekalipun... ada je teori-teori tentang isu ini. Dari bentuk perut, selera ibu, tabiat,  muka masa mengandung, aktiviti bayi, kaitan dengan anak terdahulu, warna air kencing dan macam-macam lagi la. Siap ada eksperimen campur air kencing ngan soda bikarbonat dan macam-macam lagi.
Sekarang.. lupakan semua tu. Saya nak kongsi pengalaman peribadi yang sedikit ni tentang isu ni. Walaupun saya taklah expert macam orang beranak 12 tu... tapi, tak salah kan berkongsi. Mana tau bermanfaat. Berikut perbezaan mengandung anak lelaki dan perempuan :

ANAK LELAKI
  • Alahan/ morning sickness lebih kuat 
  • Muka berseri-seri, jerawat halus pun malu nak keluar
  • Suka tidur mengiring ke kanan
  • Bayi dalam perut pun suka parking sebelah kanan
  • Perut tajam ke depan
  • Perangai ibu mengada manja dan malas sikit
  • Suka makan yang masin dan berlemak

ANAK PEREMPUAN
  • Alahan/ morning sickness kurang sedikit
  • Muka berminyak dan kusam, jerawat pun laju je keluar
  • Suka tidur mengiring ke kiri
  • Bayi dalam perut pun suka parking sebelah kiri
  • Perut bulat kembang ke tepi
  • Perangai ibu lebih lasak dan rajin sikit
  • Suka makan yang manis dan masam

Ada lagi sebenarnya perbezaan lain yang saya tak tulis. Yang tertulis ni cuma yang sempat saya ingat.

Menariknya, setiap kali scan anak masa mengandung... Doktor akan kata anak saya berbeza dari jantina sebenar. Contoh yang lelaki, setiap scan mengandung doktor akan kata perempuan dan sebaliknya. Unik kan?

Apapun... ayat standard - Tak kisahlah anak lelaki atau perempuan,  yang penting sihat sempurna dan jadi anak-anak soleh, harta berharga di akhirat kelak... kan?

Ibu Tripple N

5 Resepi ESP paling saya suka!

Bagi yang dah falling in love ngan ESP (ESP Protein Isolate Powder) macam saya, bancuh macam mana pun memang selera je tekak ni nak minum ESP. Bagi yang sekali cuba, terus buat kesimpulan ESP ni tak sedap... sememangnya anda rugi sebab sebenarnya ada 1001 cara untuk nikmatinya. Cuma mungkin anda belum jumpa yang mana kena dengan selera anda.

Berikut adalah 10 resepi ESP kegemaran saya :

1. Smoothie Susu Badam : blend 200ml susu segar + 2 sudu makan ESP + 5 biji kacang badam + 5 ketul air batu

2. ESP Nestum Shake : larutkan sepeket Nestum 3-in-1 dalam sedikit air panas. tambah 2 sudu makan ESP + air sejuk hingga 200ml - kocak

3. Breakfast Shake : blend sebiji pisang + 2 sudu makan ESP + 1 sudu oat + 200ml susu segar

4. Orange/ Mango Lassi ESP : Sebiji oren/ mangga manis/ keduanya + 2 sudu makan ESP + 3 sudu makan yogurt + 200ml susu

5. Overnight Oat ESP : kocak 3 sudu makan ESP dengan 200ml susu segar suam. Campurkan 7 sudu oat segera+ kismis + potongan buah segar + madu atau sedikit susu pekat jika suka manis. Biar berendam dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dimakan.

Selamat Mencuba!

Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 9 & 10

Minggu 9
Akhirnya Hari Raya Aidilfitri kunjung tiba.  Gembiranya saya puasa penuh tahun ni (tanpa sedar sebenarnya saya dah mengandung)... Saya fikir, mungkin stress akibat kurang tidur beberapa minggu yang menyebabkan badan letih melampau dan haid terlewat. Saya kira, minggu ni bendera merah mesti naik!
Info : Pada masa ni, jantung bayi dah membentuk 4 bilik dan injapnya pun sedang membentuk. Organ seks luar telah ada, cuma pembentukannya belum sempurna dan belum dapat ditentukan jantina anak jika anda lakukan ultrasound. Ibu mungkin semakin tidak menentu moodnya disebabkan perubahan hormon dan rasa tidak selesa pada perubahan diri.
Minggu 10
Cuti dah habis, minggu ni saya kembali kepada rutin pengajian. Entah kenapa saya rasa tidak sihat. Perut rasa kembung berangin. Tengok cermin, nampak macam perut sedikit buncit. Hmmm... saya fikir, ni mesti sebab makan banyak hidangan hari raya minggu lepas. Tak mengapa, minggu ni saya plan nak mula operasi detox dengan HerbLax. Harapnya seperti sebelum ni, perut kembali kempis selepas proses detox.
Esoknya saya rasa semakin kurang sihat. Sangat susah untuk bangun pagi kerana kepala berat. Pada waktu yang sama suami baru keluar dari bilik mandi. Semerbak bau wangi sabun menyebabkan kepala saya berdenyut-denyut sakit dan rasa nak....... MUNTAH! Oh tidak, saya terus terfikir saya sebenarnya mengandung! Sebab tiga kali mengandung sebelum ni, alahan paling kuat semestinya mabuk dengan bau wangi.
Esoknya suami belikan alat ujian kehamilan (UPT). Sah! saya mengandung rupanya... Hehehehehe.
Info : Bayi sekarang berada dalam peringkat penting untuk pertumbuhan dan kematangan tisu dan organ. Organ penting seperti hati, otak, usus dan buah pinggang dah mula berfungsi di tempat sepatutnya. Saiz bayi dianggarkan 1 suku inci panjang, di mana anggota badan seperti tangan dan kaki sudah boleh dibengkokkan. Kebanyakan ibu masih mengalami morning sickness pada minggu ini. Dinasihatkan ibu supaya membuat temujanji pertama dengan klinik ibu mengandung supaya tahap kesihatan dapat dipantau seawal mungkin.
... bersambung lagi nanti ye....

Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 5-8

Minggu 5

Patutnya saya datang haid dah minggu ni. Tapi, sibuk punya hal.. tak terfikir langsung pun pasal tu. Minggu ni juga minggu pertama Ramadhan. Seronok juga melayan anak sulung yang sedang berlatih puasa... setiap hari berlalu dengan cepat.
Info : Bayi dalam rahim pada usia ni besarnya hanya seperti saiz sebiji bijan. Lapisan tisunya sedang membentuk. Ibu MUNGKIN akan hadapi simptom seperti pra haid contohnya letih, mabuk dan sakit di bahagian payudara

Minggu 6

Saya sangat sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan di makmal. Eksperimen kali ni agak mengambil masa. Ada beberapa malam saya terpaksa bermalam di Fakulti. Ada masa saya balik menjelang waktu sahur, kadang-kadang sempat berbuka puasa dengan air kosong sahaja. 

Info : Beberapa organ bayi seperti mulut, hidung dan telinga sedang terbentuk minggu ni. Usus, otak, otot dan lain-lain pun sama. Ibu mungkin mengalami tanda awal hamil yang lebih ketara minggu ni. Hati-hati jika ada pendarahan, kerana ia mungkin tanda awal kehamilan yang tak normal. Rujuk doktor jika berlaku.

Minggu 7 

Kesibukan minggu lepas berlarutan ke minggu ni. Tambahan pula, hari raya bakal tiba seminggu lagi. Hujung minggu yang senggang saya ambil peluang buat persediaan hari raya. Rasa sedikit teruja menyambut raya pertama kali bersama Cik Kuntum. Maklumlah, raya tahun lepas kami sambut dalam tempoh berpantang.
Info : Saiz bayi dah sebesar sebiji buah blueberry pada minggu ni. Tangan dan kaki mula nampak terbentuk. Ibu akan semakin kerap kencing dan mungkin mula rasa mabuk hamil yang teruk termasuk muntah-muntah.

Minggu 8

Kerja-kerja makmal dah sedikit reda. Saya punya masa lebih untuk diluang bersama keluarga. Tapi, agak mengecewakan sebab badan saya terasa lebih letih dari biasa. Kebanyakan masa rasa lebih selesa berehat dan berbaring sahaja.
Info : Tunas jari mula keluar dari tangan dan kaki bayi. Kelopak mata telah lengkap menutupi mata. Bayi telah mula aktif bergerak walaupun ibu tak rasa apa-apa. Ibu pula mula rasa letih-letih dan susah tidur. Bahagian badan seperti perut, payudara dan punggung mula rasa mengembang sedikit.

... bersambung nanti

Anggaran saiz bayi dalam rahim

Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 1-4

Alhamdulillah... semasa menulis ni, saya dah pun masuk trimester kedua hamil anak ke-4. Macam kelakar pun ye, dah mengandung berkali-kali barulah terasa nak kongsi pengalaman 'real time' hamil. Ala-ala diari kononnya.

Perkongsian saya akan lebih kepada pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan bakal ibu yang lain. Saya akan selit juga info perkembangan ibu dan kandungan mengikut minggu berdasarkan pembacaan. Harap bermanfaat.

Minggu 1

Dalam bidang perubatan, minggu pertama mengandung dikira dari hari pertama haid. Haid saya sebenarnya berbeza sikit pada waktu ni. Agak lewat berbanding bulan-bulan sebelum. Saya fikir, mungkin disebabkan faktor badan yang stress akibat sibuk dengan kerja makmal projek master saya... atau mungkin sebab masih menyusu Cik Kuntum yang hampir berumur setahun tu.

Minggu 2

Ikut teori, hujung minggu ni dah masuk waktu subur. Saya seperti kebanyakan wanita lain, waktu subur boleh 'dibaca' dengan memerhati lendiran subur yang keluar pada waktu ini. Bagi mereka yang merancang untuk hamil, waktu subur ni patut digunakan sebaiknya untuk mengadakan hubungan intim dengan suami bagi meningkatkan peluang persenyawaan benih lelaki dan perempuan. Sebaliknya pasangan yang nak jarak kelahiran atau merancang tidak mahu hamil dalam masa terdekat, boleh ambil kaedah perancang keluarga secara sihat.

Minggu 3

Dari segi teori sains, telur wanita yang dilepaskan pada waktu subur kemungkinan telah berjaya tersenyawa pada waktu ini. Dinding rahim pun dah sedia menebal kerana bersedia untuk terima perlekatan janin. Ibu biasanya belum tahu pun mereka dah mengandung pada masa ni. Selalunya ujian kehamilan pun belum dapat kesan kehadiran hormon mengandung.

Minggu 4

Debaran menunggu datangnya bendera merah. Sesetengah orang akan mula dapat tanda nak datang haid atau pre-menstrual syndrome (PMS). Saya contohnya, akan rasa sedikit moody dan tidak selesa ketika ni. Muka lebih berminyak dan naik jerawat, perut pun kadang rasa kembung dan buncit.

*bersambung lagi nanti ye

Ibu Nabil, Naufal, Nashwa dan ...
+60199366681

Kandungan protein dalam kicap, tempeh, tauhu, taucu dan air soya.

Saya bukan orang jawa.. (Hehehe) tapi saya memang suka sangat makanan berasaskan soya seperti tempeh, tauhu dan kicap. Walaupun saya pastikan hari-hari saya makan makanan yang kaya protein, saya sebenarnya masih ambil suplemen protein untuk pastikan pengambilan protein harian mencukupi.

Hari ni saya nak kongsi anggaran kandungan protein 5 makanan berasakan soya kegemaran saya (protein dalam setiap 100g) :

1. Tempeh : 20g
2. Kicap kipas udang : 3g
3. Tauhu : 8g
4. Taucu : 10g
5. Minuman ESP Shaklee : 50g

Haaa... Agak-agak pernah tau tau berapa protein dalam makanan favourite masing-masing?

Saya dah tau, sebab saya PEDULI tentang keperluan protein. Sebab tu saya pilih ambil ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee sebagai makanan tambahan protein harian. Anda bagaimana?

Nak tahu lanjut tentang ESP? Hubungi saya sekarang...

ZETI HAFIZA
0199366681

MESTI TAHU! 6 sebab kita perlu cukup protein

Protein sangat diperlukan dalam diet harian kita. Sumber protein harian rakyat Malaysia biasanya datang dari ikan, susu, daging, telur dan kekacang seperti soya. Adakah kita dapat cukup protein setiap hari? Boleh kira keperluan protein anda di sini.

Kenapa penting sangat protein dalam diet harian?

Tanpa protein yang cukup, fungsi normal tubuh badan boleh terganggu. Antara 6 sebab UTAMA protein penting kepada manusia ialah:

1. Bina dan baiki : Bayangkan badan kita ni sebuah rumah. Protein peranan dia macam batu bata dan simen yang membinanya. Tak cukup protein, binaan rumah tadi tak sempurna. Bila ada rosak, protein la bahan yang perlu untuk baiki. Kulit, organ, otot, tisu dan lain-lain semuanya dibina dari protein.

2. Tenaga : Macam kereta yang perlukan minyak, kita perlukan protein sebagai punca tenaga. Walaupun tenaga boleh juga kita dapat dari karbohidrat, protein masih diperlukan.

3. Hormon : Protein ni bahan untuk bina hormon. Katakan badan tak cukup protein, hormon kita pun tak dapat dibina dengan cukup. Bila hormon tak cukup... macam masalah boleh timbul. Contoh, gula dalam badan tak dapat ditukar kepada tenaga bila hormon terlibat tak cukup. Sebab tu boleh dapat diabetes.

4. Enzim : Badan kita penuh dengan tindakbalas biokimia untuk bekerja dengan baik. Contoh, dalam perut kita ada enzim yg kerjanya tolong pecahkan karbohidrat kepada bentuk yang lebih kecil. Jika tak dipecahkan, perut tak dapat serap bahan tu. Umpama buat roti, kena letak yis yang cukup...jika tak, roti yang patut gebu jadi roti penyet. Hehehe.

5. Pengangkut dan penyimpan : Ada protein yang tugasnya jadi 'kenderaan' dan 'stor' kepada sesetengah molekul. Contohnya Haemoglobin, protein yang bertugas angkut oksigen dalam darah ke organ-organ lain. Kurang haemoglobin boleh menyebabkan anemia.

6. Antibodi : Protein juga digunakan untuk bina antibodi untuk lawan jangkitan dan penyakit. Analoginya macam polis yang tugasnya jaga keselamatan dalam negara dan tangkap penjenayah untuk bawa mereka ke muka keadilan. Kalau polis tak cukup ramai atau tak cukup kuat... agak-agaknya aman ke negara kita?

Kesimpulannya, jangan ambil ringan tentang keperluan protein harian kita. Kebanyakan masalah kesihatan datangnya dari pemakanan yang tak sihat dan tak seimbang, bukan sebab lain  pun. Pastikan protein kita cukup dari pemakanan, tambah dengan suplemen protein jika perlu.

Jom Sihat!

ZETI HAFIZA
0199366681

5 kesan sampingan minum ESP Shaklee selama 3 tahun - Pengalaman sendiri

ESP atau nama penuhnya ESP Protein Isolate (Energising Soy Protein) memang  ratu di hati saya jika dibandingkan produk Shaklee yang lain. Bukan maknanya produk lain tak bagus, cuma peranan protein ni sangat banyak dalam diet harian. Dan secara peribadi, pengambilan vitamin lain lebih baik kesannya pada saya bila tambah protein.

Ramai sebenarnya di kalangan kawan-kawan saya jatuh cinta kepada Shaklee disebabkan ESP. Hari ni saya nak kongsi pengalaman amalkan ESP sejak tahun 2011.

5 kesan ambil ESP yang saya paling tak boleh lupa

1. Gastrik sejak Tingkatan 4 boleh dikatakan hampir tiada. Jika angin masuk perut sesekali tu biasanya sebab lambat atau silap makan. Tiada dah lalui pengalaman pahit gastrik berguling-guling sampai muntah hijau macam dulu.

2. Masalah kencing manis @ GDM masa mengandung anak ke-3 dapat dikawal dalam masa seminggu lepas kawal diet dengan bantuan ESP. Alhamdulillah sekarang sedang mengandung anak ke-4 dan disahkan bebas GDM

3. Stretch mark gelap pada perut lepas bersalin anak pertama dan kedua hilang sejak 2012. Bila mengandung lagi, kesan regangan tu cerah tak kehitaman

4. Parut kesan kena minyak panas di kaki pada tahun 2008 akhirnya hilang selepas  3 bulan amalkan ESP pada tahun 2011. Seronok sebab tanda terus hilang tanpa kesan langsung.

5. Badan yang cepat penat akibat menyusu setiap tahun sejak 2008 hingga sekarang, dapat dipulihkan tenaga selepas ambil ESP. Sesekali bila tak sempat ambil memang rasa lambat hilang letih-letih badan tu.

Sebenarnya ada lagi kesan lain yang tak saya ceritakan seperti kesan pada kulit, rambut, penyusuan ibu dan lain-lain.

Rasa sendiri #shakleeeffect ESP kegemaran ramai ini, Insya Allah tak menyesal dan tak dapat dilupakan kebaikannya.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut

ZETI HAFIZA
0199366681

Cara kira berapa banyak protein kita perlu sehari

Protein ni sebenarnya nutrien yang penting untuk semua manusia. Tak kira tua, muda, lelaki atau perempuan.. secara umumnya protein mesti cukup dalam badan untuk pastikan sistem badan bekerja normal.

Makanan yang kaya protein banyak.. contohnya daging, ikan, ayam, susu, telur, kekacang dan banyak lagi. Cuma tau tak kebanyakan pemakanan harian kita tak cukup memenuhi keperluan protein harian?

Sebab tu pakar pemakanan hari ni berpendapat suplemen protein perlu diambil oleh golongan tertentu. Cuma persoalannya, banyak mana nak ambil suplemen protein?

Nak tau.... Jom kira!

Keperluan protein harian dari supplement = Berat badan x (cara hidup) - (anggaran 1/3 protein anda dari makanan harian)

Cara hidup:

1. Normal = 1.0
2. Aktif =  1.5 (senaman intensif 3-4 kali/ minggu)
3. Bina badan = 2.0

Contoh : Berat saya 49kg dan kategori normal

Keperluan protein harian : (49 x 1.0) = 49g/day (makanan + suplemen)
Keperluan suplemen protein : 49 - 16.3 (protein dari makanan) = 32.6g

* Tapi kena ingat ye.. cara kira ni adalah untuk garis panduan umum. Sesetengah orang seperti ibu mengandung/ menyusu, orang tua, mereka yang sedang pulih dari penyakit, kanak-kanak dan atlet memerlukan lebih protein dari orang lain.

Selamat mengira! Pastikan anda dapat protein yang cukup hari-hari ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...