Petua bagi elak putus asa

Tiba-tiba ada seseorang beri kata-kata ni. Jika ada rasa penat dan nak berputus asa, cuba praktikkan. Selamat Mencuba!

Suami Puji Isteri Selepas Bersalin!


Malam ni dapat teks WhatsApp dari adik sorang ni. Baru lepas bersalin anak kedua. Alhamdulillah, berita gembira bila dapat kebaikan Energising Soy Protein (ESP) setelah amalkan secara konsisten. Lebih menggembirkaan bila suami puji dengan perubahan. Isteri sihat dan cantik untuk suami jugakan? Jom layan..



Nak dapatkan ESP
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Pengalaman berpantang cara moden dan tradisonal

Alhamdulillah. Dah 6 bulan berlalu selepas saya melahirkan anak ke-3. Syukur kerana saya diberi kesihatan yang baik sehingga sekarang. Kali ini baru saya dapat peluang berkongsi pengalaman berpantang selepas bersalin memggunakan produk makanan tambahan Shaklee dan Set Bersalin Muna As Syifa'. 

Berpantang cara moden atau tradisi?


Pengalaman berpantang anak pertama dan kedua membuatkan saya memilih untuk berpantang secara moden dan tradisional. Maknanya, amalan berpantang yang diajar oleh nenek moyang dibuat mengikut kesesuaian dan pengambilan ubatan/ makanan tambahan juga menjadi pilihan. Saya mengikut naluri dan keselesaan sendiri dalam melengkapkan tempoh berpantang selama 44 hari ini. Alhamdulillah, tempoh ini sememangnya optimum untuk ibu selepas bersalin mendapat rehat yang cukup bagi membantu proses pemulihan tubuh secara semulajadi. 

Rutin berpantang saya


Walaupun keletihan akibat berjaga malam menyusukan anak selama setiap 2-3 jam, ibu berpantang patut bangun awal seperti biasa. Rutin berpantang adalah seperti berikut:

1. Mandi air rebusan herba - beberapa jenis tumbuhan herba (seperti daun pisang kelat, daun kunyit, serai wangi,Daun Lempuyang, Daun Jerangau, Daun Lengkuas, Daun Bonglai, Daun Serai Wangi, Daun Serai Biasa, Daun Jambu Batu, Daun Jambu Air, Daun Mengkudu, Daun Inai, Daun Tanduk Rusa, Daun Kunyit, Daun Kunyit Teras, Daun Kantan, Daun Sirih, Daun Halia, Daun Dedap, Pokok Tetulang, Daun Temulawak, Daun Bunga Melur, Daun Limau Purut, Daun Pegaga, Daun Temu Kunci) direbus dan digunakan sebagai air mandian dan cucian bahagian intim. Air diisi penuh seperiuk dan dijerang hingga tinggal separuh sahaja. Kemudian air rebusan yang panas tu boleh dicampur dengan air mandian. Ini antara rutin kegemaran saya kerana bau air rebusan ni sangat menyegarkan. Memang aromaterapi yang bagus untuk ibu-ibu dalam pantang. Khasiat mandi air rebusan juga banyak, antaranya memberi kesegaran, melegakan ketegangan urat dan menghilangkan bau kurang enak. Semasa berpantang kali pertama dan kedua, ibu mertua yang bantu sediakan bahan-bahan untuk air rebusan ni. Tapi sekarang agak sukar mendapatkan tumbuhan herba yang digunakan. Mujur dalam set bersalin Muna Asy Syifa ada disediakan.


2. Beranggang @ Tangas Api @ Bersalai - Orang kampung saya panggil 'beranggang'. Jika di Pantai Timur saya pernah terdengar orang di sana panggil 'bersalai' dan di Utara mereka sebut 'tangas api'. Tak kisah istilah apa pun, beranggang ni salah satu rutin wajib selepas bersalin. Memang mula-mula saya agak tidak selesa bermandi asap, berpanas dan berpeluh semasa beranggang. Tapi, teruskan juga sebab percaya dengan kebaikannya. Lama-lama 'alah bisa tegal biasa' dengan aktiviti ini. Beranggang ni menggunakan bara api. Api dihidupkan dengan arang atau sabut, dibiarkan sehingga api yang sesuai dan berbara barulah ditabur dengan serbuk tangas (dari daun sirih, manjakani dan serapat) atau boleh juga menggunakan jintan hitam (habatussauda'). Serbuk Tangas Muna Asy Syifa boleh dibeli berasingan dari Set Bersalinnya. Kebaikan bertangas ni memang banyak seperti memanaskan badan, mengecutkan dan mengeringkan luka, melancarkan aliran susu ibu, memulihkan urat, menyegarkan badan dan membantu proses menurunkan berat badan. Bertangas ni sebaiknya dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari di waktu pagi setiap hari dalam tempoh berpantang. Bagi ibu-ibu yang tidak tahan bertangas api ni, boleh juga gunakan wap air panas atau bersauna 

3.  Berurut - Ini juga salah satu rutin wajib. Biasanya urutan bersalin ni dilakukan oleh bidan atau orang yang mahir sahaja. Sememangnya selepas bersalin, badan kita akan jadi sangat fragile. Sebab itu tidak boleh diurut sembarangan. Urutan biasanya ada teknik dan mengikut masa tertentu. Cara yang saya ikuti, urutan lepas bersalin ni dimulakan seawal hari ke-2 atau 3 selepas bersalin. Selalunya dibuat di waktu pagi selama 3 hari berturut-turut. Sesi urutan seterusnya adalah pada hari ke-40 hingga ke-44 sebagai 'membalas' sesi terdahulu. Sesetengah bidan mencadangkan urutan balas seterusnya pada hari ke-100. Urutan selepas bersalin ni melibatkan semua bahagian tubuh dari hujung kaki hingga kepala. Terdapat beberapa langkah khusus urutan di bahagian peranakan termasuk pangkal peha serta urutan sengkak. Minyak urut yang saya guna adalah Minyak Terapi Serbaguna Muna Asy Syifa yang memang sangat 'best'. Minyak ni tak panas dan sangat sedap baunya. Badan rasa segar je selepas menyapu minyak ni. Kebaikan berurut ini diperakui oleh ibu-ibu sejak turun temurun, membantu badan cepat segar dan pulih. Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu dapatkan nasihat bidan dan tukang urut mengenai waktu sesuai untuk mula berurut.

4. Param, Pilis dan Tapel - Param adalah sejenis bedak panas ramuan herba yang disapu ke serata badan selepas mandi untuk memanaskan badan dan elakkan badan masuk angin. Boleh juga dijadikan skrub badan untuk membuang sel-sel kulit mati. Pilis dibuat dari bunga lawang, kulit kayu manis, jintan hitam, lada ekor, cucok atap dan daun turi. Saya gunakan serbuk pilis Muna Asy Syifa yang hanya perlu dibancuh dengan air dan ditepek-tepek di dahi. Khasiatnya adalah untuk elakkan angin di kepala, mengelak rabun. Tapel pula campuran herba yang digiling/ tumbuk untuk sapuan di perut. Saya cuma gunakan serbuk tapel Muna Asy Syifa yang dicampur dengan kapur makan, perahan limau nipis dan sedikit minyak sapu. Tapel ni disapu sebelum berbengkung untuk bantu mengecutkan rahim, mengempiskan perut dan mengelakkan angin 


5. Berbengkung - Ada banyak jenis bengkung yang boleh digunakan oleh ibu lepas bersalin, samada moden atau tradisional. Bengkung moden lebih mudah kerana hanya perlu menggunakan zip atau cangkuk sahaja dan boleh dipakai sendiri dengan mudah. Bengkung tradisi biasanya dibuat dari kain belacu atau kain kapas. Ada dua jenis bengkung tradisi yang popular iaitu bengkung jawa (dipanggil juga bengkung lilit) dan bengkung tali (dipanggil juga bengkung zig zag). Saya menggunakan kesemua jenis bengkung ini mengikut keadaan. Pilihan pertama saya adalah bengkung lilit/ jawa sepanjang 10 kaki yang digunakan setiap hari semasa berpantang. Bengkung jenis ini sangat membantu mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat walaupun seringkali dianggap leceh dipakai. Bengkung moden saya guna ketika perlu keluar ke hospital/ klinik dan juga diteruskan selepas tamat pantang 44 hari.


5. Makan dan minum - Rutin wajib waktu berpantang! Cara pemakanan waktu berpantang ni memang istimewa. Ibu disaran makan selepas berbengkung, di waktu pagi lagi. Makanannya nasi panas baru masak, satu pinggan tanpa bertambah. Lauk yang disarankan adalah ikan isi putih, hati dan daging merah, ulaman dan sayuran yang tak sejuk atau berangin. Masakan pula disediakan dengan kurang minyak atau lemak, direbus/ stim, dibakar, dikukus atau jenis sup. Resepi masakan biasanya kaya dengan rempah yang panas menyihatkan seperti halia, lada hitam, kunyit, halba dan lain-lain. Paling saya suka hati lembu masak lada hitam seperti dalam gambar ni. Air diminum sedikit-sedikit (sebanyak satu ruas jari) tetapi kerap, dengan sela masa setengah hingga satu jam dengan ditelan perlahan-lahan dalam satu- satu masa. Rutin makan dan minum ni agak menyeksakan bagi yang ibu-ibu baru. Tapi sebenarnya banyak kebaikan yang kita tidak tahu di sebaliknya. Jangan berdiet atau abaikan makan dan minum yang cukup. 

6.  Makanan tambahan - Secara tradisi ada yang amalkan makan ikan haruan, jamu, perahan ibu kunyit dan macam-macam lagi sebagai makanan tambahan semasa berpantang. Saya memilih mengambil Set Bersalin/ Berpantang Shaklee yang terdiri dari Multivitamin (Vita-Lea), B Complex, Vita-C, Kalsium-Magnesium (OsteMatrix) dan Zinc. Saya juga ambil supplement protein soya (Energising Soy Protein, ESP). Set ni memang sangat digalakkan diambil oleh ibu selepas bersalin. Pengalaman berpantang kali ini memang sangat manis bersama Shaklee (saya akan ceritakan nanti). Saya juga ada mengambil Jamu Muna Asy Syifa dan campuran minuman herba cina (madu, kurma dan ginseng). Kebaikannya, badan lebih cepat sihat dan segar. Luka cepat sembuh, badan bertenaga dan cepat pulih. Tiada sembelit atau stress.

Berpantang 100 hari?


Rutin pantang yang saya cerita di atas adalah pengalaman sebenar semasa berpantang selama 44 hari. Sepanjang waktu itu saya mengikut nasihat orang tua untuk berstokin, memakai baju lengan panjang, tidak terdedah pada sejuk, duduk /berjalan macam pengantin (heheheh) dan banyak lagi. Tapi, ada juga pantang yang diteruskan sehingga 100 hari seperti tidak membuat kerja berat/ angkat benda berat, makan makanan yang 'panas', elak makanan sejuk dan berangin serta memakai bengkung (saya guna bengkung moden selepas berpantang). Alhamdulillah, saya seronok berpantang kerana ia membantu badan berehat dan dimanjakan sekali sekala. Paling seronok berat badan turun 12kg, bentuk badan kembali langsing dan badan bertenaga dan rasa lebih sihat. Bagi ibu-ibu yang pertama kali akan melaluinya, jangan risau dan kekal positif. Nikmati pengalaman indah berpantang dan cubalah sebaik mungkin ikut cara tradisional dan gabungkan dengan kaedah moden untuk keselesaan sendiri

Hubungi saya untuk pesanan dan sebarang pertanyaan berkaitan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent 
Distributor ID : 854120 
+6019 936 6681 
www.facebook.com/bigsmilezone 
bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...