Bisnes dari rumah yang sesuai untuk orang malas tapi nak kaya

Mentang-mentanglah namanya bisnes dari rumah (BDR). Nampak macam low class dan tak de masa depan bagi sesetengah orang. Tapi bila fikir balik, memang betul lah... bisnes dari rumah ni memang sesuai untuk orang-orang yang malas dan kurang pandai je. Kenapa?

Kemalasan #1 yang paling ketara, orang yang bisnes dari rumah ni kononnya suka bergolek-golek je atas katil. Tak payah susah-susah bangun pagi, gosok office wear dan berkejaran ke pejabat nak elak punch card merah. Tak payah harung kesesakan lalulintas, cuaca panas jerebu dan stress hiruk-pikuk luar rumah.

Lebih ketara, mereka yang bisnes dari rumah ni ada kemalasan #2 iaitu malas kerja terikat dengan masa, arahan bos, malas nak kejar pangkat, malas nak terima gaji yang statik atau increment tahunan seciput, malas nak outstation sana sini dan malas terperangkap dalam mesyuarat/ bengkel membosankan.

Dan dalam carta kemalasan#3, kemalasan golongan ni adalah malas untuk bekerja memerah otak tahap gaban walaupun mereka PhD holder, mengeluarkan modal besar dari simpanan/ loan serta malas mengambil risiko buka perniagaan sendiri dengan produk/ servis sendiri.

Bisnes dari rumah yang menguntungkan



Disebalik kemalasan-kemalasan di atas tadi, kumpulan bisnes dari rumah yang saya maksudkan ni nampaknya ada banyak untung. Kalau berjumpa dengan mereka ni, macam tak percaya je mereka buat bisnes macam ni. Santai tanpa tekanan tapi menguntungkan dengan pendapatan 4, 5, 6 angka sebulan. Antara yang menarik tentang kumpulan BDR ni :

1. Mereka mulakan perniagaan TANPA MODAL besar. Tak de pun yang kena buat loan bank puluh ratus ribu untuk pulangan menguntungkan. Hanya modal tunai serendah RM65 yang ditambah modal masa dan kerajinan, harini ramai yang dah senang senang gandakan pendapatan mereka.

2. Gaya hidup mereka TIDAK SAMA seperti kebanyakan kumpulan yang sekarang di usia produktif bekerja. Rumahtangga terurus di tangan sendiri tanpa pembantu, kehidupan anak-anak lebih gembira, masa lebih banyak diluang untuk keluarga dan ada yang sempat pula bercuti ke luar negara berminggu lamanya setiap beberapa bulan.

3. Paling teruja bila lihat kumpulan BDR ni dapat mencapai KEBEBASAN KEWANGAN pada usia yang boleh dikatakan muda. Walaupun kebanyakan mereka memilih tidak amalkan gaya hidup mewah dengan kereta atau handbag berjenama, yang penting hidup lebih tenang tanpa bebanan hutang dan simpanan yang banyak.

4. Keunikan golongan yang saya ceritakan ini juga, mereka menjadi model kepada peribahasa Melayu - ikut resam padi, MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI. Percaya atau tidak, bisnes dari rumah mengubah hidup mereka menjadi lebih hampir kepada masyarakat dan lebih penting... lebih hampir kepada Pencipta. Keuntungan wang dan material bukan lagi matlamat utama. Mereka sekarang menjadi fenomena di Malaysia untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.

Peluang memulakan bisnes dari rumah


Jika anda ada rasa MALAS seperti yang dinyatakan di atas, ambil lah peluang untuk mulakan bisnes dari rumah supaya dapat nikmati kelebihan-kelebihan yang dinikmati oleh kumpulan BDR yang saya maksudkan tadi. Bisnes yang saya maksudkan adalah perniagaan produk kesihatan Shaklee secara sepenuh/ separuh masa yang sedang hangat di Malaysia. Berikut adalah cara-cara untuk anda mulakan bisnes ini:

1. Daftar sebagai Pengedar Bebas Shaklee yang sah dengan membayar yuran RM65 atau mengeluarkan modal lebih kurang RM630 untuk pembelian produk. Hubungi mentor Shaklee yang komited seperti saya.

2. Dapatkan bimbingan peribadi memulakan perniagaan dari saya dan mentor-mentor kumpulan secara PERCUMA dan EKSKLUSIF.

3. Mulakan perniagaan Shaklee anda serta-merta. Laburkan masa, komitmen dan buah fikiran anda secara bijak untuk pulangan yang menguntungkan.

Jangan tangguh-tangguhkan keinginan membuak anda untuk bisnes dari rumah. Bak kata omputih, FAST ACTION FAST RESULT. Hubungi saya sekarang untuk kita sama-sama ubah kehidupan ke arah lebih baik melalui bisnes ini. Insya Allah, kita jumpa di mercu kejayaan. Saksikan pengalaman Puan Dilla Jalil yang dah terjebak dengan bisnes dari rumah ni.



ZETI HAFIZA ZAKARIA

Call/ Whatsapp +6019 936 6681 
https://www.facebook.com/zeti.hafiza 
zetihafiza.zakaria@gmail.com

Cara hilangkan parut jerawat supaya tak payah susah-susah pakai foundation tebal tiap kali keluar rumah

Zaman muka meriah dengan jerawat 10 tahun lepas, nak pergi kenduri kat kampung pun malu. Paling tak boleh lupa kena sound direct ngan mak sedara "Kenapa buruk sangat muka ko ni?". Mentanglah orang Melaka piau.. takde tapis-tapis dah saya kena troll. Fikir pendek, saya mula la buat benda-benda bodoh nak hilangkan parut jerawat yang memalukan ni. 

Entah mana agaknya dapat petua sapu bawang putih kat parut boleh jadi hilang tanda jerawat. Agaknya betul berkesan petua tu, cuma saya je terburu-buru buat tanpa ilmu. Malam nak tidur muka habis dilumur dengan hirisan bawang putih. Target bangun esok pudar dah parut ni. Rupanya lagi parah... muka macam melecur terbakar. Parut makin bertambah.

Perkara bodoh kedua saya buat bila dah masuk IPT. Masa tu musim lambakan produk muka yang bagi cerah kulit. Termakan kata-kata manis kakak yang jual produk tu, duit PTPTN jadi mangsa. Beratus jugalah dibazirkan selama beberapa bulan untuk satu set produk kulit. Mula-mula rasa macam seronok bila kulit muka jadi cerah dan licin, parut jerawat pun semua hilang. Lepas beberapa bulan baru perasan... alangkah peliknya muka saya yang nampak putih macam mayat berbanding kulit di tangan dan leher. Lagi malang, sekali lagi kulit jadi macam terbakar dan sensitif. Tak lama lepas tu keluar berita produk saya guna tu ada asid berbahaya yang melunturkan kulit. Lebih menakutkan bila tahu produk macam ni boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Oh tidak... bodohnya saya yang nak cepat selesaikan masalah tanpa selidik dulu. 

Pengajaran dari pengalaman 

Serik dari pengalaman buruk tersebut, saya terus berhenti dari menggunakan produk yang tak diketahui keselamatannya. Tapi dek kerana parut yang masih ada, tiap kali keluar rumah mesti pakai foundation, concealer dan bedak tebal-tebal supaya dapat tutup parut yang masih ada tu. Leceh sungguh rasanya kena ambil masa ber'make-up' dan kena buang duit beli benda tu semua yang sebenarnya tak menyelesaikan masalah pun.

Saya buat sedikit pembacaan dan kajian sendiri. Baru saya tahu, untuk selesaikan masalah kulit sendiri.. saya mesti tahu punca dahulu. Akhirnya saya sedar, jerawat yang meriah dulu sebenarnya faktor hormon remaja dan kemungkinan akibat stress belajar serta kecuaian saya jaga pemakanan. Maklumlah budak-budak tak matang masa tu, takde kesedaran lagi tentang cara nak jaga kulit.


Kulit sihat tanpa bahan kimia berbahaya


Sejak berkahwin, hormon dah lebih stabil agaknya (hehehhee). Lagipun umur dah bertambah, gangguan hormon dah tak macam zaman remaja. Saya tidak lagi sibuk cari jalan nak cantikkan kulit macam dulu. Sebabnya sejak 2011 saya mula amalkan suplemen semulajadi Shaklee dan kulit saya lebih sihat dan cantik. Parut degil dah hilang. Hingga hari ini saya konsisten amalkan produk berikut untuk kesihatan, sekaligus bantu cantikkan kulit dari dalam :

1. ESP Soy Protein Isolate : Protein penting untuk proses baiki dan gantikan sel kulit yang rosak. Juga berperanan sebagai fiber elastik yang tolong kulit lebih anjal dan gebu

2. Sustain Release Vita-C : bantu proses baikpulih tisu rosak, melindungi kulit dari bahan yang merosakkan dan bantu pembentukan kolagen semulajadi

3. B-Complex: bantu kurangkan stress dan elak gangguan hormon yang boleh menyebabkan jerawat. Menampakkan kulit lebih 'glowing'

4. GLA Complex : berperanan dalam membantu stabilkan perubahan hormon semasa kitaran haid dan kurangkan simptom pra-haid seperti jerawat. Juga bersifat anti-radang yang bantu legakan jerawat

*Selain itu, untuk penjagaan luaran kulit, saya menggunakan rangkaian produk NutriWhite yang dirumus dari tumbuhan dan bebas bahan kimia bahaya.

Alhamdulillah, sekarang ni nak keluar rumah tanpa berbedak pun tak jadi masalah. Saya rasa yakin dengan diri sendiri, tak perlu pakai concealer untuk tutup parut di muka atau sapu berlapis-lapis bedak setiap kali keluar rumah . Anda patut buat pilihan yang sama seperti saya, jangan lagi rosakkan kulit dengan bahan kimia berbahaya dan tak perlu buang duit untuk sesuatu yang beri kesan sampingan sementara atau negatif di masa akan datang. Biar kulit cantik sihat semulajadi, bermula dari dalam. Jemput hubungi saya untuk tahu lebih lanjut.

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Call/ Whatsapp +6019 936 6681 
https://www.facebook.com/zeti.hafiza 
zetihafiza.zakaria@gmail.com

Atasi batuk semasa mengandung supaya tak perlu pakai lampin dewasa waktu tidur malam

Ada sesetengah benda mungkin memalukan, tiada siapa nak kongsi cerita. Tapi ini pengalaman sebenar diceritakan oleh seorang kawan saya yang batuk teruk masa mengandung hingga TERPAKSA pakai lampin dewasa waktu tidur malam. Haa.. teruk sampai camtu ker??


Masa mengandung anak pertama tak la jadi macam tu. Anak kedua, batuk berbulan-bulan sampai kena buat segala jenis test di Klinik Kesihatan. Sampel kahak, air liur, kencing dan najis semua kena bagi untuk ujian Tibi, jangkitan kuman dan entah apa-apa lagi. Ubat batuk dah berbotol pun tak beri kesan.

Paling menyeksakan bila tiba waktu malam, terkucil kencing setiap kali batuk. Cerita kawan saya ni, mulanya dia cuma pakai pad khas untuk wanita yang lemah pundi kencing. Tapi bila perut makin besar, batuk sikit pun dah penuh satu pad. Bayangkan satu malam kena salin 4-5 keping pad. Harga pad tu memang boleh tahan mahalnya. Dek kerana tak tahan dengan masalah tersebut, akhirnya terpaksa dia pakai lampin pakai buang dewasa waktu tidur malam.

Punca batuk semasa mengandung


Sebenarnya ketika mengandung, wanita senang sangat dapat macam-macam jangkitan dan penyakit. Antibodi agak rapuh pada tempoh kehamilan. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan sistem penghadaman kurang baik hingga asid dalam perut boleh ternaik ke atas salur pemakanan dan terjadinya batuk. Keperluan air masa mengandung juga meningkat. Jika bakal-bakal ibu culas minum lebih air, sedialah untuk dapat batuk berpanjangan.

Lemah pundi kencing masa mengandung


Dilema ibu masa mengandung dan lepas bersalin yang malu untuk diceritakan adalah masalah lemah pundi kencing. Walaupun kebanyakan pakar sakit puan berpendapat ia adalah masalah 'biasa', hanya yang mengalaminya sahaja yang faham betapa tidak selesanya asyik terkencing bila batuk atau bersin. 

Atasi masalah batuk dan terkencing semasa mengandung 


Banyak cara untuk bantu masalah ini. Sebahagian darinya boleh kita cuba kerana agak mudah diamalkan seperti :

1. Jaga pemakanan sepanjang kehamilan

Nampak macam remeh. Tapi tabiat pemakanan yang tak sihat adalah paling penting bila ibu mengandung dapat batuk. Dah tahu batuk teruk, elakkan makanan yang berminyak dan batuk, minuman sejuk dan berais serta kurangkan pengambilan kafein. 

2. Kawal berat badan 

Berat badan berlebihan boleh beri kesan pada sistem penghadaman dan melemahkan lantai pelvik. Kebanyakan ibu mengandung yang overweight atau obes akan lebih mudah mengalami masalah batuk teruk dan lemah kawalan air kencing.

3. Minum air secukupnya 

Salah satu alasan popular kita yang kurang minum air adalah malas ke tandas berulang kali. Betul, ibu mengandung memang kerap ke tandas. Tapi itu tak bermakna kita kena kurangkan pengambilan air. Cuba minum lebih air dari biasa, kita akan dapati masalah batuk masa mengandung ni akan berkurang.

4. Kerap kosongkan pundi kencing

Berkait dengan tips ke-3 tadi, bila banyak minum kena rajin jugalah ke tandas. Latih supaya pundi kencing tidak terlalu penuh dengan cara kosongkannya setiap 30-60 minit. Insya Allah, tidaklah batuk atau bersin sikit pun dah terkucil sebaldi. 

5. Tidur separa menegak atau bersandar di waktu malam

Ketika diserang batuk teruk, cuba baring separa menegak atau bersandar seketika. Ia membantu meredakan batuk. Elak tidur terlentang dengan kedudukan kepala dan dada yang lebih rendah atau sama tinggi dengan perut.

6. Senaman kuatkan lantai pelvik dan otot cik V

Sambil berbaring atau duduk berehat, ibu boleh buat senaman menguatkan otot pelvik dan cik V. Banyak cara senaman boleh diamalkan seperti kaedah Kegel Excercise dan Senaman Tupai dalam petua tradisi Melayu.

7. Rawat batuk guna kaedah selamat

Pengambilan ubat batuk adalah terhad semasa mengandung. Selalunya doktor akan beri dos yang selamat dan tidak benarkan pengambilan antibiotik atau ubatan lain yang tidak sesuai untuk ibu mengandung. Ibu boleh cuba kaedah alternatif dan selamat antaranya :
  • Makan madu yang diperah limau nipis setiap hari
  • Amalkan makan seulas bawang putih yang dibakar sebagai antibiotik semulajadi setiap pagi
  • Minum air asam jawa
  • Makan sebiji limau dicampur gula batu yang distim dengan wap nasi
  • Ambil suplemen semulajadi seperti minyak ikan tulen, pil bawang putih dan vitamin C
Tips di atas sebahagiannya adalah perkongsian dari kawan saya yang mengalami masalah batuk terkucil tadi. Selepas konsisten berusaha, akhirnya batuk dia pulih sepenuhnya. Sehingga sekarang kawan saya ni masih amalkan suplemen semulajadi yang saya cadangkan dulu. Katanya ia lebih mudah berbanding telan bawang putih bakar hidup-hidup atau kukus limau dalam rice cooker. Jika anda mahu ikhtiar kawal batuk semasa mengandung, boleh cuba produk berikut :


  • Omega Guard - Minyak ikan berkualiti tinggi yang kaya dengan asid lemak perlu. Bantu 'panas'kan dada, legakan kahak dan kurangkan keradangan salur pernafasan.
  • Garlic Complex - ekstrak dari bawang putih yang tinggi kandungan allisin. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang membantu melawan jangkitan kuman dan kulat
  • Sustain Release Vita-C Plus - mengandungi 500mg vitamin C dalam satu tablet. Membantu meningkatkan sistem imun yang lemah semasa mengandung. 

Kelebihan suplemen ini adalah ia mudah dan selamat diambil ketika mengandung atau tidak. Ia bukan ubat batuk tetapi mampu membantu usaha mengawal dan mencegah batuk dengan cara menambahbaik nutrisi kita. Hubungi saya untuk dapatkan produk suplemen ni ye. Insya Allah, semoga anda tidak perlu pakai lampin dewasa seperti kawan saya tadi.


ZETI HAFIZA ZAKARIA
Call/ Whatsapp +6019 936 6681 
https://www.facebook.com/zeti.hafiza 
zetihafiza.zakaria@gmail.com

GLA Complex

| 60 kapsul - RM91.25 |

Minyak Borej, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil

Performance® Natural Orange

539 g - RM82.50 |

Minuman Penghidratan Tulen

Memuaskan Dahaga Para Juara

Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.

Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.

Terbukti secara Klinikal

Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)

Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

Dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan.

Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis atau pengawet

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Meal Shakes

| 533g - RM113.75 |

Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium

Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala

Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.

DTX™ Complex

| 90 Caplet - RM155.00 |


Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

NutriFeron®

| 30 pek x 1.2 g - RM181.25 |

Satu-satunya suplemen hasil penyelidikan pakar imun terkemuka, Dr. Yasuhiko Kojima.

Hasil Penyelidikan Melebihi 40 Tahun


Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas menjalankan pelbagai penyaringan, uji kaji dan penilaian terhadap ribuan sebatian dan lebih 200 herba yang berlainan.

Nutriferon® mengandungi campuran proprietari ekstrak tumbuhan semula jadi daripada biji labu, benih plantago, bunga bebuas Jepun dan bunga kesumba.

Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Peppermint-Ginger Plus

| 90 tablets - RM45 |

Segar dan Melegakan

Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Herb-Lax™


| 120 tablets - RM52.50 |

Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*


Herb-Lax™ bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

OsteMatrix™

120 caplets - RM61

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.

Bukan Sekadar Kalsium


OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zinc Complex

| 120 tablet - RM47.50 |

Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda.

Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan


Zink Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vivix®

| 150ml - RM475 |

Penemuan Revolusioner oleh Shaklee


Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Collagen Powder

| 15 sachets - RM298.00 |

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat


Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.

Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.

Vita-E Complex®

| 120 kapsul - RM149 |

Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.

Setiap kapsul sofgel menyediakan:
  • 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Garlic Complex

| 120 tablet - RM47.50 |

Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.

Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*

Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Phytocol-ST™

| 60 tablet - RM97.00 |

Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol

  • Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol
  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

CoQHealth™ Plus

| 30 kapsul - RM124.00 |

CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.

CoQ10 telah terbukti mampu:
  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

OmegaGuard™

| 90 capsules - RM136.00 |

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita-Lea® with Iron Formula

| 120 tablet - RM88.75 |

Multivitamin & Multimineral

Kepelbagaian yang Menakjubkan

Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sustained Release Vita-C™ Plus


| 180 tablet - RM92.50 |

Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari


Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin


| 180 kapsul - RM52.50 |

Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.

Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ESP - Soy Protein Isolate Powder


| 850g - RM150 |



Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Alfalfa Complex


| 330 tablet - RM53.75/ 700 tablet - RM97.50 |


Alfalfa Complex - Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg


| 90 tablet – RM53.00 |

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg


Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.

Vitamin C tambahan diperlukan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vitamin C yang mencukupi.

Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

CarotoMax®

| 30 capsules – RM74.00 |


CarotoMax® - Rumusan Enam Karotenoid Paling Berkhasiat

Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!

  • Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.
  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B-Complex

| 120 tablet – RM53.75 |

B-Complex : Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik

Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.

Spektrum B Penuh dan Seimbang

  • B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Advanced Joint Health Tablet

| 60 tablets – RM124.00 |

Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi:

  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral. 

Cara jadi ahli Shaklee dengan PERCUMA

Sekarang ni makin ramai yang mendaftar sebagai Pengedar Bebas Shaklee. Ada yang ambil peluang ini untuk dapatkan produk Shaklee pada harga ahli, yang 10-20% lebih murah dari harga runcit. Ada juga yang jadi ahli sebab nampak peluang menjana pendapatan dengan menyertai Shaklee. Ketahui faedah dan kelebihan jadi ahli Shaklee di sini
 
Sebenarnya anda boleh jadi ahli Shaklee dengan mudah, samada secara PERCUMA atau berbayar. Hubungi pengedar Shaklee yang telah berdaftar seperti saya dan beritahu yang anda ingin daftar sebagai downlinenya. 

Cara jadi ahli PERCUMA

Jika mahu pendaftaran PERCUMA, anda hanya perlu membuat pembelian produk dengan nilai sekurangnya 200 mata  (dikenali sebagai unit volume @ uv) yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM620. Contoh pembelian bernilai tidak kurang dari 200uv :

1. Dua botol Vivix
2. Tiga kotak Shaklee Collagen Powder
3. Set Bersalin dan Menyusu Lengkap

Pilihan ini adalah berbaloi bagi mereka yang bercadang untuk konsisten mengamalkan suplemen Shaklee untuk jangkamasa panjang, contohnya sepanjang 9 bulan kehamilan atau 2 tahun menyusukan anak. Begitu juga jika anda bercadang berkongsi suplemen ini seisi keluarga (pasangan, anak dan ibu bapa).
Apatah lagi jika anda merancang untuk memulakan perniagaan, pembelian bernilai lebih kurang RM620 ini adalah modal pertama untuk dapatkan produk. 

Yuran Pendaftaran

Sebaliknya jika anda mahu menjadi ahli tanpa membuat pembelian 200uv, hanya bayar RM65 untuk dapatkan kit perniagaan untuk ahli baru. Pembayaran ini hanya SEKALI sahaja seumur hidup jika anda kekal aktif dalam tempoh 2 tahun. 

Bertindaklah hari ini, hubungi saya ZETI HAFIZA (ID Shaklee : 854120) di talian +6019 936 6681 untuk mendaftar sebagai ahli. Insya Allah saya akan beri konsultasi dan bimbingan PERCUMA serta EKSKLUSIF untuk anda. 

Jumpa anda di keluarga Shaklee saya!

Rahsia sihat dan cantik lepas bersalin macam Che Ta Rozita Che Wan!

Meriah sungguh laman social semalam berita tentang kelahiran anak pasangan selebriti tanahair Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin. Kalau tak silap, dalam sebuah rancangan hiburan di Astro pun ada disiarkan secara eksklusif berita ini. Saya tak sempat menonton, cuma terbaca di laman Facebook dan Instagram. Meh cuci mata dulu dengan gambar baby Che Ta yang sangat cantik... Macam anak patung je kan ?
 
credit foto : mstar.com
  
Geram sungguh tengok baby comel-comel ni. Lagi geram tengok mak baby yang Nampak sihat, aktif dan cantik walaupun baru lepas bersalin. Bagi ibu dan bakal ibu di luar sana, mesti ada perasaan nak sihat dan cantik macam Che Ta ni kan. Walaupun kita bukan selebriti, takkan nak biar wajah pucat tak bermaya dan badan lemah tidak bertenaga lepas bersalin kan? Che Ta ni dah berumur 41 tahun tau! Sekali tengok macam ibu-ibu muda berumur 20-an kan...
 

Sihat dan cantik lepas bersalin

Semasa mengandung dulu, saya selalu dapatkan urutan dan rawatan sebelum bersalin dari Kak Yah, seorang bidan muda berumur 42 tahun di Terengganu. Beliau ada berkongsi rahsia cantik dan sihat selepas bersalin iaitu :
  1. Berpantang selama 44 hari : Ini adalah kunci utama yang patut dipegang oleh ibu-ibu lepas bersalin. Walaupun hari ini kebanyakan ibu telah mempunyai pilihan untuk berpantang cara moden, amalan berpantang secara tradisonal secara prinsipnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Jangan ambil mudah nasihat orang tua-tua yang lebih dahulu makan garam, mereka memang bukan saintis atau ahli perubatan. Tetapi pengalaman mereka bukan sedikit dalam amalan selepas bersalin ni. Saya sendiri memilih gabungan berpantang secara tradisional dan moden seperti diceritakan di sini.
  2. Amalkan makanan sihat : Mahu atau tidak, kita harus akui.. makanan adalah faktor penting untuk kekal sihat dan cantik. Ibu-ibu seharusnya pilih makanan yang kaya dengan zat-zat yang diperlukan seperti protein, karbohidrat, vitamin, serat dan mineral. Kurangkan ambil makanan tinggi lemak dan minyak yang hanya boleh memudaratkan kesihatan jika diambil berlebihan.
  3. Jauhi makanan rapu : Dilema ibu zaman sekarang, dibanjiri dengan pelbagai makanan rapu yang kononnya segera dimakan dan disediakan. Hati-hati dengan makanan jenis ini kerana kandungannya yang tinggi perasa, pewarna dan pengawet tiruan. Ia juga selalunya tinggi kandungan garam, gula dan lemak/ minyak.
  4. Minum air secukupnya : Ada ibu-ibu yang enggan minum air banyak kerana takut perut buncit selepas bersalin. Tanggapan ini sememanngya salah kerana air adalah medium utama dalam fungsi tubuh badan manusia. Kekurangan air boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar!
  5. Rajin lakukan aktiviti senaman : Alasan 'tak sempat' memang biasa didengar dari ibu-ibu sekarang. Yela.. bekerja, uruskan anak dan rumahtangga.. bila masa nak bersenam? Jika kita hidup zaman mak nenek kita dulu, mungkin tak perlu bersenam sebab mereka kerja membanting tulang keluar peluh di bendang, kebun dan hutan. Kita? Seharian terperap di work station menghadap computer.
  6. Kekalkan postur badan sihat : Cuba perhatikan Che Ta. Bila berjalan atau duduk, dia akan kekalkan postur badan yang sihat. Postur badan ni bukan sahaja untuk penampilan sahaja.. ia sebenarnya membantu kita lebih sihat dan kelihatan cantik!
  7. Amalan kerohanian : Ini rahsia kecantikan wanita Melayu zaman dulu yang tak dapat disangkal. Amalan zikir dan selawat, solat malam dan berpuasa adalah antara amalan kerohanian yang membantu secara tidak langsung untuk kekal sihat dan cantik secara lahir dan batin!
Walaupun 7 tips di atas kita biasa dengar sebelum ni, cuba check... adakah kita telah amalkan secara konsisten? Saya sendiri berazam nak istiqamah dengan tips di atas. Tak nak dah abaikan makan minum cara sihat, nak teruskan ambil supplement Shaklee selepas bersalin, rajinkan diri bersenam dan tingkat amalan kerohanian.
 
Semoga anda pun kekal sihat dan cantik lepas bersalin ya!
 
CHE TI @ ZETI HAFIZA ZAKARIA
+6019 936 6681

7 jenis makanan untuk kesihatan otak


Anak-anak sedang belajar atau mak bapak budak sedang belajar selalunya sibuk dengan buku, kerja rumah, tugasan dan peperiksaan atau ujian. Kesibukan ni kadang-kadang menyebabkan mereka tak berselara makan atau terlepas waktu makan. Sebenarnya perkara ni tak patut berlaku. Belajar memerlukan tenaga untuk berfikir dan memerah otak. Oleh itu, sesibuk mana pun seorang pelajar tu... pemakanan mesti dijaga.
Sesetengah makanan adalah sangat baik untuk perkembangan otak. Ia sangat digalakkan untuk diambil oleh mereka yang sedang belajar atau mereka yang banyak menggunakan otak dan berfikir dalam aktiviti harian.

Berikut adalah 7 jenis makanan yang membantu perkembangan otak :

  1. Susu dan yogurt : Susu dan produk susu seperti yogurt dan keju kaya dengan
    protein vitamin B yang penting untuk kesihatan otak.
  2. Oat : Salah satu makanan yang mudah  dimakan sewaktu sarapan adalah oat. Oat ni sejenis bijirin yang kaya dengan serat yang diproses perlahan dalam sistem penghadaman. Serat ni memberi tenaga kepada otak.
  3. Kurma : Makanan ini kaya dengan multivitamin dan antioksidan. Kajian menunjukkan kurma membantu menguatkan daya ingatan.
  4. Ikan : Salah satu bahan penting dalam kesihatan otak ialah asid lemak baik seperti Omega-3. Ikan adalah sumber makanan yang kaya dengan lemak baik ini.
  5. Badam : Seperti ikan, badam juga kaya dengan asid lemak baik untuk makanan otak. Badam kaya dengan Omega-6 seperti kekacang lain.
  6. Sayuran hijau : Brokoli, bayam, kailan dan sayuran hijau lain kaya dengan pelbagai nutrien seperti folate. Kajian menunjukkan folate adalah sangat penting dalam fungsi otak.
  7. Dark Chocolate : Berita baik untuk penggemar coklat! Coklat gelap terutamanya kaya dengan koko yang diketahui tinggi antioksidan. Coklat juga dikatakan membantu aliran darah yang lancar ke otak.
Selain dari mengamalkan makanan di atas... saya sebagai ibu kepada anak-anak yang sedang belajar dan pada masa yang sama sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana, saya juga mengambil supplement Shaklee berikut untuk membantu kesihatan otak :
  1. ESP Soy Protein Isolate : Minuman protein dari soya yang kaya dengan asid amino yang menyokong kesihatan otak.
  2. B-Complex : Vitamin B adalah penting untuk fungsi otak normal
  3. Omega Guard : Minyak ikan berkualiti tinggi yang mengandungi kandungan Omega-3 yang tinggi dan tulen.
  4. Lecithin : Mengandungi kolina yang membantu sel otak berkomunikasi antara satu sama lain.
  5. MealShakes : Minuman protein berasaskan susu yang diperkaya dengan multivitamin dan multimineral
Produk-produk ini bukan sahaja untuk orang dewasa, malahan sesuai juga untuk anak-anak dan seisi keluarga.
Bagaimana dengan anda... Dah dapatkan makanan terbaik untuk perkembangan minda keluarga? Apa kata sokong juga dengan pengambilan supplement ini.
Dapatkan produk sekarang dari saya, konsultan produk Shaklee terbaik anda.
ZETI HAFIZA
+6019 9366681

Tukar pencuci rumah boleh membantu masalah eczema anak!

Sebenarnya dulu sebelum berkahwin hingga beranak satu, saya sangat suka buat koleksi bahan cuci di rumah. Macam-macam jenis dan jenama pencuci di pasaran, berada di rak bahan pencuci rumah saya. Yang cuci baju lain, pewangi baju lain, glass cleaner, kitchen cleaner, dish wash, floor cleaner, peluntur, cecair sental karat, pencuci kereta dan segala macam bahan cucian rumah saya ada. Itu belum masuk pewangi rumah, tandas, kereta, dapur dan macam-macam bahan berasas kimia di rumah.

Detik perubahan

Segalanya berubah selepas melahirkan anak kedua. Anak saya, Naufal disahkan menghadapi masalah eczema semasa berusia 6 bulan. Semakin hari semakin teruk keadaan Naufal walaupun dah dapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Macam-macam ubat oral dan sapu saya beri atas nasihat doktor. Pemakanan pun cuba dikawal supaya tak terambil makanan yang boleh mencetus eczema. Tapi keadaan Naufal sekejap baik dan sekejap tidak. Salah satu masalah Naufal,  dia tidak boleh langsung pakai sabun yang ada pewangi. Baju yang dibasuh dengan sabun cucian biasa yang wangi pun boleh cetuskan serangan eczemanya.
Hinggalah satu hari saya terbaca di satu website dari USA yang menceritakan pengalaman ibu yang berjaya menangani masalah anak eczema dengan menukar bahan cuci rumah dengan yang lebih mesra alam.

Tukar kepada yang semulajadi

Walaupun sukar pada mulanya, akhirnya saya nekad bertukar kepada set pencuci GET CLEAN Shaklee. Alhamdulillah, ternyata pilihan saya tepat. Beberapa minggu selepas tu, saya mula sedar perubahan pada Naufal. Dia tidak lagi alah pada pakaian yang baru dibasuh. Eczemanya datang juga bila tersalah makan.. tetapi tak teruk seperti sebelum ini.

Kenapa GET CLEAN

Set pencuci GET CLEAN Shaklee ni terdiri dari 4 produk sahaja iaitu :

1. Fresh Laundry Concentrate - pencuci pakaian
2. Soft Fabric Concentrate - pelembut fabrik
3. Hand Dish Wash Liquid Concentrate - pencuci pinggan
4. Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate - pembersih pelbagai guna

Kelebihan set ini berbanding pencuci lain :

1. Mesra alam kerana dibuat dari bahan semulajadi seperti kelapa, sayur-sayuran dan garam mineral.
2. Tanpa bahan kimia berbahaya seperti phosphate dan chlorine
3. Jimat kerana rumusan pekat yang memerlukan sukatan sedikit untuk cucian yang banyak
4. Selamat untuk digunakan di rumah yang ada bayi dan kanak-kanak atau mereka yang mempunyai masalah alergi dan asthma
5. Terurai sempurna secara biologi, tidak meninggalkan kesan pencemaran kimia kepada alam sekitar
6. Haruman yang sedap dihidu dan menyegarkan

Bagaimana jika saya cadangkan anda bertukar kepada set GET CLEAN ini? Bukan sahaja lebih selamat untuk keluarga dan rumah kita, sekurang-kurangnya kita menyumbang kepada usaha mengurangkan pembuangan bahan kimia dan toksik ke alam sekitar.  Usaha kecil ini mungkin bermanfaat pada generasi akan datang.

Bertindak sekarang. Kita mampu ubah!

ZETI HAFIZA
0199366681

5 golongan yang perlu suplemen protein

Bila sebut mengenai suplemen protein, ramai ingat ia hanya diperlukan oleh kanak-kanak, ibu-ibu dan ahli sukan sahaja. Protein secara asasnya diperlukan oleh semua orang untuk kesihatan menyeluruh. Tanpa kita sedar, kebanyakan kita sebenarnya tidak mengambil protein yang mencukupi dalam diet harian. Bagi sesetengah golongan, pengambilan suplemen protein adalah sangat perlu untuk kesihatan mereka.

Berikut adalah 5 golongan yang memerlukan suplemen protein :

1. Orang yang sedang cuba turunkan berat badan

Pengambilan protein membantu rasa kenyang yang lebih berbanding karbohidrat dan lemak. Secara semulajadi, mereka yang ambil lebih protein akan lambat rasa lapar dan kurang makan kerana berasa 'puas' dengan diet protein.

2. Mereka yang mengalami masalah gula dalam darah atau masalah berkaitan metabolisma

Kajian menunjukkan, pengambilan lebih protein akan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dan memperbaiki kadar metabolisma, sekaligus menyokong kesihatan kardiovaskular.

3. Ahli sukan atau yang aktif bersukan

Protein perlu diambil mencukupi oleh golongan ini untuk membantu pembinaan otot yang bekerja keras semasa bersukan.

4. Warga emas atau mereka yang sedang sakit berat

Golongan ini biasanya mengalami kemerosotan otot dan tisu akibat proses penuaan dan kesakitan yang kronik. Suplemen protein boleh membantu kerosakan tisu berlebihan yang boleh memberi kesan sampingan pada warga emas dan mereka yang sedang sakit.

5. Orang yang sangat stress atau tekanan berpanjangan

Ketika berada dalam keadaan sangat tertekan, tenaga banyak digunakan untuk menyokong keperluan badan hingga menyebabkan kehilangan protein lebih cepat dari biasa. Pengambilan suplemen protein sangat digalakkan untuk membantu keadaan ini.

Jika anda salah seorang dari 5 golongan di atas, pastikan anda mendapatkan suplemen protein dalam diet harian. Jangan percaya tentang mitos pengambilan suplemen protein boleh menyebabkan kanser dan penyakit buah pinggang.  Kerana kajian menunjukkan pengambilan 35% protein dari kalori harian tidak menyebabkan kanser pada mereka yang amalkan makanan seimbangi dan tidak juga menyebabkan penyakit buah pinggang kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Suplemen protein pilihan saya? Tentunya ESP Soy Protein Isolates dan MealShakes dari Shaklee...

Dapatkan suplemen protein terbaik hari ini...

ZETI HAFIZA
0199366681

Rahsia Berjaya dalam Bisnes Shaklee Terbongkar dalam Kelas 'Back To Basic' Fantastic Star Team

Alhamdulillah... hari ni saya berjaya mengendalikan satu sesi kelas 'Back To Basic' bersama sideline yang juga buddy dalam bisnes Shaklee iaitu Puan Hairul Nisah, pemilik Anisvitashop yang sangat membantu dan bermotivasi. Kelas ni diadakan di My iReach Centre, Bangi yang dimiliki Master Lyna Noh dan Zainul Anuar... yang juga salah seorang upline dan mentor kami.

Kelas ni khas untuk downline di bawah kumpulan kami, terutamanya yang mahu mendapatkan gambaran tentang peluang yang ditawarkan dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee.

Sesi pertama dimulakan oleh saya sendiri sebagai pengasas Fantastic Star Team mengenai sejarah, peluang dan pelan pemasaran Shaklee. Kemudian satu slot khas perkongsian kejayaan Puan Khairani Bahauddin (RedComelMall.com) yang merupakan seorang WAHM (work at home mom) beranak lima tetapi mampu menguruskan bisnes Shaklee hingga ke tahap membanggakan.  Sesi ketiga dan penutup diakhir oleh Puan Hairul Nisah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang nak memulakan dan berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Dalam kelas ini didedahkan 'RAHSIA BESAR' kejayaan kumpulan kami antaranya Master Checklist, RCA, Magic Book dan sebagainya.

Saya berterima kasih kepada semua sahabat dalam team FST terlibat dan hadir.. Insya Allah saya doakan semua bertambah maju dan berjaya dalam Shaklee di masa akan datang. Saya percaya yang hadir ini adalah mereka yang ingin menggunakan potensi diri dan peluang yang ada untuk meningkatkan kualiti hidup sekeluarga.

Jangan risau jika anda masih belum menemui kumpulan atau business partner yang sesuai untuk memulakan perniagaan Shaklee anda. Hubungi saya untuk sertai kumpulan kami yang Fantastic ini. Kita akan bersama-sama mendaki ke puncak kejayaaan!

Jumpa di sana....

ZETI HAFIZA
019-9366681

10 sebab kenapa patut bawa bekal makanan ke sekolah/ pejabat

Kecoh sekejap di media sosial semalam apabila Pak Menteri beri cadangan rakyat Malaysia patut bawa bekal ke sekolah/ pejabat.  Cadangan ni timbul lepas subsidi minyak dikurangkan dan harga barang makanan mula naik sejak akhir-akhir ini.

Kawan-kawan geng ibu-ibu pun asyik buat 'hot chat' di WhatsApp Group. Saya tiada pendapat khusus, tapi saya yakin setiap benda mesti ada pro dan kontranya. Tanpa mengambil kira isu ini yang mungkin dipolitikkan, saya sebagai ibu dan isteri sebenarnya lebih suka memandangnya dari aspek positif.

Secara peribadi, saya terfikir 10 sebab kenapa kita patut bawa bekal pada zaman sekarang :

1. Jimat wang : Ini sudah semestinya. Sekarang ni makan nasi bungkus dengan ikan goreng dan sayur pun dah dekat RM8 seorang. Bayangkan sehari isteri, suami dan anak punya kos makan tengahari... mungkin hampir RM20. 5 hari bekerja dah RM100. Tak masuk kos minyak kete nak ke tempat makan. RM100 kalau beli lauk di pasar, boleh makan seminggu kalau pandai bajet kan...

2. Jimat masa : biasanya waktu rehat pejabat cuma sejam. Waktu yang sama nak solat, ibu nak mengepam susu dan makan. Terkejar-kejar nak makan di kedai. Sudahnya lewat masuk pejabat semula.

3. Menepati selera : Bila bawa bekal ni, boleh la masak ikut selera sendiri. Nak pedas ke masin ke manis ke. Makan di kedai ni kadang tak boleh pilih sangat pun.

4. Lebih bersih dan suci : bagi yang sangat ambil berat tentang bersih dan suci... bawa bekal adalah pilihan terbaik. Tak perlu runsing tentang bab kebersihan dan kesucian makanan, tukang masak berhadas atau tak... dan sebagainya.

5. Lebih sihat dan berkhasiat : Masak sendiri bolehlah pilih menu berrkhasiat. Anak-anak ke sekolah kadanh kita tak pasti di mana suit dibelanjakan. Hidangan pun mungkin melepaskan batuk di tangga sahaja.

6. Eratkan kasih sayang : Air tangan isteri/ ibu adalah pengerat kasih sayang dalam rumahtangga. Tak boleh dinafikan. Tengok sahaja zaman mak dan nenek kita.

7. Rapatkan silaturahim : satu cara nak rapatkan silaturrahim di pejabat atau sekolah ni, boleh kongsi dan tukar-tukar bekal ngan kawan-kawan. Ala-ala potluck...

8. Tambah kecekapan ibu/ isteri di dapur : Mak-mak akan tambah cekap di dapur. Kena bangun awal masak, dan cekap siapkan dalam masa yang singkat. Selalu masak lama-lama memang kalah la MasterChef.

9. Lembutkan hati suami dan anak-anak : Selain kasih sayang... makan hidangan dari rumah ni melembutkan juga hati ahli keluarga.  Jika yang nakal-nakal ni, percaya atau tidak... bisa dilembutkan dengan air tangan ibu. Maklumlah.. memasak ni ada petua dan amalan tertentu juga

10. Alasan nak beli Tupperware baru : Ni alasan ibu-ibu peminat Tupperware atau tipuware.. hehehe... jangan marah ye bapak-bapak. Keperluan ni ganti-ganti bekas. Lagipun anak ramai.. 

Setakat ni sahaja pendapat saya. Yang pasti, ambillah sesuatu isu tu dari sudut positif. Ok je nak bawak bekal. Buat apa nak malu. Bangga lagi ada la...

Sambutlah kempen kerajaan dengan rasa cinta... Hehehe

Sebarkan cinta!

ZETI HAFIZA

Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 11

Tak sampai seminggu dapat berita gembira mengandung, suami tercinta a.k.a bapakbudak dah nak bertolak ke US untuk hadir Global Conference Shaklee. Rezeki kami tahun ni.. Percutian 6 bintang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee kepada leader-leader terpilih yang melepasi syarat ditetapkan. Mungkin hati wanita hamil ni lebih sensitif dari biasa, saya sendiri sebenarnya rasa tak gembira bila berjauhan dengan bapakbudak hampir 2 minggu. Mabuk pun tengah memuncak, sindrom lapar tak kenyang-kenyang pun dah datang. Lepas makan dah lapar balik. Selera mengandung kali ni suka masakan yang masam dan pedas. Sanggup hari-hari masak asam pedas, asam rebus, tomyam dan sewaktu dengannya. Pulak tu.. masakan orang lain tak lalu dengan selera. Mabuk-mabuk pun gagah masak untuk makan sendiri.
Info : Bayi dalam kandungan yelah terbentuk sepenuhnya. Jari jemari mula terbuka dan sebahagian tulang telah mula mengeras. Bayi aktif bergerak dan berpusing-pusing dalam ruang rahim yang masih luas. Ibu mungkin mula mengalami ketidakselesaan seperti pedih ulu hati,  sembelit dan kurang selera. Kebanyakan ibu tidak menambah berat pada masa ini. Jangan risau, semua keadaan ini akan bertambah baik menjelang beberapa minggu lagi
... bersambung nanti ye...

Zeti Hafiza


5 tips dan tricks ajar anak makan sayur & buah

Haaa.... mesti ada mak-mak yang hadapi masalah ni kan? Memang susah hati hati kita ni bila anak tak suka makan sayur dan buah. Kalau makan pun, bukan takat memilih... sikit je yang mereka makan.

Saya hadapi dilema yang sama dengan anak sulung yang sekarang dah berusia 6 tahun. Mujur dua orang adiknya tak mengikut, malah mereka berdua memang suka sangat sayur dan buah hinggakan berebut-rebut walaupun tinggal batang sayur je.
Setelah macam-macam cara dicuba, akhirnya sekarang Nabil dah mula makan sayur. Mungkin ada banyak idea dan pengalaman ibu-ibu otai di luar sana, tapi saya nak kongsi 5 tips dan tricks (helah) yang berjaya mengubah Nabil. Berikut adalah cara saya dah cuba :

1. Helah 'masa baby' :
Bagusnya Nabil ni.. dia suka tolong saya di dapur. Selalu saya beri tugas mudah seperti ambilkan sayur dalam peti sejuk, patahkan kacang panjang, ambilkan bekas dll. Sambil tu saya akan cerita kisah dia masa baby. Dalam cerita tu saya akan selit kisah Nabil suka makan kacang panjang contohnya. Selalu bila saya tanya.. "ingat tak dulu masa baby Nabil suka makan kacang ni?" Dah tentu jawapan dia "Ingat.. ingat.." dan nanti saya guna modal yang sama waktu makan.

2. Kuat macam ayah :
Helah ni pun menyeronokkan juga. Biasanya di kalangan anak-anak ni, ibu ayah lah hero pertama mereka. Gunakan peluang ni sebaiknya. Bila dia nak juga hebat main sukan macam ayah, saya pun masuk jarum... 'ayah suka makan sayur, sebab tu ayah jadi hebat main kriket'.  Kadang-kadang ayah saja je tunjuk muscle lengan dan beritahu Nabil.. nak kuat macam ni kena makan sayur tau.

3. Bila demam selsema @ tak sihat :
Setiap kali Nabil tak sihat atau demam selsema... saya akan cerita macam mana sayur-sayur tu bila dimakan akan ditukar kepada vitamin, zat dan lain-lain yang akan tolong lawan kuman jahat penyebab penyakit. Selalunya memang bersemangat dia nak cuba makan sayur. Tapi pandai-pandailah jawab bila sejurus makan sepotong lobak, dia tanya : "Kenapa tak hilang phn selsema ni?"

4. Tiru macam kawan-kawan :
Satu lagi tips, kenali kawan-kawan mereka. Bila Nabil mengelak makan sayur... saya akan tanya tentang kawan-kawan dia yang makan sayur di sekolah. Lebih-lebih lagi kalau tau siapa kawan baik, lagi senang... Bakar semangat berlumba-lumba makan sayur anak kita ni.

5. Kreatif dalam masakan :
Tips ni biasa ibu-ibu buatkan.. cum ambil masa juga. Sesekali tukar angin,  buat kelainan dalam penyediaan sayur dan buah ni. Tempura bayam rasa macam keropok 'jajan' je tau. Atau buah-buah kita celup coklat atau manisan lain sebelum hidangkan kepada mereka.

Selamat mencuba!

7 tips cegah tekanan darah tinggi

Di Malaysia, lebih 40% rakyat berusia lebih 30 tahun mengalami tekanan darah tinggi. Bahaya tekanan darah tinggi ni, boleh menyebabkan macam-macam masalah kesihatan yang lebih serius seperti serangan jantung, strok dan kegagalan jantung.
Walaupun mereka yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko dapat tekanan darah tinggi sebanyak 90%... sebenarnya ia boleh dicegah awal dengan beberapa langkah seperti :
1. Kekalkan berat badan normal : Kajian mendapati, lebih separuh dari pesakit darah tinggi di Malaysia ni mempunyai berat badan berlebihan. Dalam kajian tu juga mendapati, tekanan darah mulai menurun bila berat badan pesakit mula menurun.
2. Kurangkan garam dalam makanan : Garam atau bahasa sainsnya sodium memang perlu dalam badan manusia. Tapi,  kandungan garam yang tinggi dalam darah... sistem badan akan 'pam' air ke dalam salur darah untuk cairkan garam. Kesannya, isipadu darah bertambah dan tekanan darah naik.
3. Tambah unsur kalsium, magnesium dan potassium dalam makanan : Didapati pesakit yang makan makanan yang tinggi keriga-tiga unsur tersebut selama 8 minggu berjaya menurunkan tekanan daeab tinggi kepada normal. Sayur, buah-buahan dan susu rendah lemak sangat sesuai untuk masalah ini kerana kaya dengan kalsium, magnesium dan potassium
4. Aktifkan diri dengan aktiviti senaman:  Hanya dengan berjalan 20 minit selama 3-5 hari seminggu dapat menurunkan tekanan darah tinggi,  menurut satu kajian di United Kingdom.
5. Buat tabiat merokok : Mengurangkan sebatang rokok sehari sahaja boleh menjadikan salur darah lebih 'sihat' dari biasa. Walaupun anda muda, kurus dan sihat... merokok boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi sehingga lebih 20%
6. Kurangkan stress : Sentiasa cuba bertenang dengan masalah dan situsai harian yang mungkin memberi tekanan. Cari masa untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan serta luang masa untuk hobi anda selain asyik sibuk bekerja.
7. Tidur dan rehat yang cukup : Jangan ambil mudah tentang rutin tidur dan rehat. Kebanyakan mereka yang kurang tidur atau tidur tak berkualiti akan lebih mudah dapat penyakit darah tinggi ini.

Rasanya langkah mencegah ini lebih MUDAH dan MURAH dari mengubati kan? Kawan-kawan yang masih muda, ambil tindakan sekarang untuk baiki cara hidup bagi elak masalah kesihatan di hari tua. Yang telah mengalami masalah ini, jangan risau... belum terlambat untuk kita perbaiki cara hidup dan kembalikan kesihatan kita.

Supplement juga membantu masalah ini. Berikut adalah antara cadangan produk Shaklee untuk mencegah dan menangani masalah darah tinggi. Salah satu atau kombinasi ini boleh anda pilih ikut kesesuaian:


  1. Vivix : bertindak pada peringkat sel untuk menyokong kesihatan jantung
  2. Omega Guard : Asid lemak baik yang bantu seimbangkan kolesterol dalam darah
  3. Garlic Complex : Terkenal secari tradisonal untuk membantu aliran darah sihat
  4. CoQ Health Plus :  Menyokong jantung dan salur darah yang sihat serta peredaran darah yang lancar
Insya Allah, kombinasi cara hidup sihat dan supplement semulajadi ini dapat membantu mengelak dan mengawal masalah darah tinggi yang boleh menyebabkan maut ini. 

Hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi! 

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...