Rahsia tambah 'power' - Sebenarnya saya isteri dia!


Malam semalam berpeluang ikut HubbyB (model di atas ni ye) ke Kinrara Oval Puchong. Ada cricket match antara team SMACK-DONG (Sains Muar Alumni Cricket Club - Denmark Oil And Gas) vs. CTrack. Kali terakhir saya berpeluang join jadi penonton a.k.a penyokong beliau adalah kira-kira 9 bulan lepas. Minat? Oh.. tidak sebenarnya. Tak pernah tau pun macamana kriket ni dimainkan sebelum ni. Dulu rasa agak pelik tengok mereka beria berjemur di tengah panas dengan berbaju putih. Ada masa pukul bola, lari-lari, sambut bola dan baling bola. Macam main rounders zaman kanak-kanak kat kampung dulu. Yang pasti, lepas game memang rentunglah masing-masing. Walaupun team HubbyB dilanyak oleh team lawan yang takde sorang pun Melayu (nampak macam Pakistan @ Bangladesh), secara keseluruhan it's a good game. Masing-masing nampak enjoy.

Sebenarnya saya isteri dia


Beberapa hari sebelum game HubbyB bersemangat tunjuk jersey baru warna merah tu. Saya tak berapa perasan dan tak berapa ada perasaan pun. Cuma layankan aje excitement beliau. Tapi pada malam tu ketika HubbyB berlari masuk padang untuk giliran sebagai batsman saya terpandang sesuatu pada jersey yang dipakai



Oh.. terharunya. Rasa nak berlari pergi tengah padang dan jerit 'Sebenarnya saya isteri dia'.... Hehehe. Over tak? Ala-ala drama swasta. 66 tu tarikh lahir saya, 6 Jun. Terasa disayangi pulak bila nombor tu ada pada jersey HubbyB. Romantik tak beliau? 

Ok.. Berbalik cerita kriket tadi. Habis game terus balik rumah. Saya agak terpesona sekejap bila Encik HubbyB saya ni nampak segar bugar. Sebelum ni asal balik dari game mesti dia 'fengsan tak hengat'. Agak cemburu ye di situ, kerana saya dah keletihan dan rasa nak tidur je. Sembang-sembang sekejap, maka bocorlah rahsia bagaimana 'power' dia boleh bertambah sejak akhir-akhir ni. Lepas sembang, apalagi... zzzzzz

Rahsia tambah 'power' athelatic


Bukan rahsia dah nampaknya. Sebab saya akan dedahkan rahsia terbaru HubbyB bertambah power sekarang. Rupanya sejak lebih sebulan amalkan CoQ Health dari Shaklee inilah salah satu kesannya. Agak mencurigakan ye di situ? Selalu dengar CoQ 10 ni untuk kesihatan jantung kan... Apa kena mengena dengan tambah power?

Lepas buat sedikit pembacaan saya dapat jawapan. Analoginya sama seperti sebuah kereta. Kereta ni untuk bergerak perlukan bateri. Bayangkan bateri tu jenis self rechargeable macam handphone anda yang canggih manggih tu. Makin lama guna kereta tu, makin kuranglah power bateri kereta tu. Jadi kereta tu pun tak larat nak bergerak laju dengan power yang kurang. CoQ 10 ni macam charger tugasnya. Jika kereta banyak guna tenaga maka cepatlah kena recharge. kalau kereta tu dah lama, kemampuan charger dan bateri pun tak berapa bagus. 

Bagi individu yang aktif, penggunaan tenaga adalah tinggi. CoQ 10 yang bertugas dalam proses pindah tenaga kepada sel diperlukan dalam tenaga yang banyak. Begitu juga bagi individu yang berusia. Kebolehan badan hasilkan CoQ 10 telah merosot. Jadi, memang dicadangkan untuk mereka ambil makanan yang kaya CoQ 10. Err.. faham ke? Senang cerita, agak-agak jika anda banyak guna tenaga, dah berusia atau ada ambil ubatan sintetik.. mungkin kandungan CoQ 10 dalam badan dah kurang. Sebab tu mudah letih dan kurang 'power'. Sesetengah pakar kesihatan di negara barat mencadangkan suplemen CoQ diambil untuk meningkatkan prestasi ahli sukan. 

Kenapa CoQ Health dari Shaklee? Kita sambung lagi kemudian ye...


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...