TESTIMONI: Strechmark lepas bersalin hilang lepas amalkan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Ramai ibu-ibu dah mengaku kebaikan ESP dalam membantu mengurangkan parut lepas bersalin. Samada kesan regangan strechmark atau parut luka caesarean... Insya Allah membantu. Jom baca apa kata ibu-ibu ni dalam sembang petang mereka.


Jadi, jika anda antara ibu-ibu yang risau dengan parut degil tu.. boleh cuba amalkan ESP ni ye

Hubungi saya untuk sebarang pesanan dan pertanyaan!
ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone bigsmilezone@gmail.com

SET KESUBURAN SHAKLEE : Pilihan terbaik untuk suami isteri!



Tidak subur maksudnya "kegagalan pasangan berkahwin untuk hamil selepas tempoh setahun mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah perancang kehamilan" (baca fakta ketidaksuburan di sini). Senang faham, kita dikategorikan tidak subur jika tidak mengandung setelah setahun mencuba dan dalam tempoh setahun itu juga kita tak menggunakan apa-apa kaedah mencegah kehamilan atau apa-apa prosedur untuk hamil. Hari ini memang banyak kaedah moden untuk membantu pasangan berkahwin dalam ikhtiar mendapatkan zuriat. Kaedah tersebut antaranya rawatan hormon menggunakan ubat sintetik secara oral atau suntikan, pembedahan atau permanian beradas seperti IUI (intrauterine insemination), IVF (In vitro fertilization), ICSI (Intracytoplasmic sperm injection) dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini memerlukan perbelanjaan mencecah puluhan ribu ringgit. 

Salah satu usaha yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil makanan tambahan atau supplemen untuk membantu tubuh dan sistem badan anda bersedia untuk mengandung. Sesetengah pasangan yang dikatakan tidak subur sebenarnya mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon atau nutrisi tidak seimbang sahaja dan tidak perlu melalui prosedur yang lebih rumit untuk mengandung. Shaklee mempunyai rangkaian produk nutrisi yang sesuai untuk mereka yang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Berikut adalah cadangan produk untuk meningkatkan kesuburan dan persediaan bagi mereka yang merancang untuk hamil : 


VITALEA IRON FORMULA

  • membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh.
  • mengandungi Asid Folik - meningkatkan kesuburan wanita, memperbaiki kualiti dan kualiti sperma dan mengurangkan risiko masalah kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir

VITAMIN C

  • bersifat antioksidan, yang melindungi kerosakan sperma akibat radikal bebas dan bahan kimia seperti asap rokok dan semburan racun serangga yang boleh mengancam sel.

B COMPLEX :

  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga
  • B 6 - membantu memanjangkan waktu subur
  • B 12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma

ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)

  • mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan tubuh yang penting dalam pembinaan dan pembaikan sel, diperlukan dalam tindakbalas enzim dan kimia badan serta fungsi tubuh sistem badan. 
  • mengandungi isofalavin yang dikatakan alternatif kepada Clomid (ubat subur) kerana sifatnya sebagai reseptor estrogen semulajadi
  • Arginine membantu proses penebalan dinding uterus untuk pelekatan ovum yang telah disenyawakan

VITAMIN E

  • membantu penghasilan hormon estrogen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang memberi kesan terhadap keinginan seks dan tarikan seksual
  • membantu proses persenyawaan
  • Selenium membantu dalam pergerakan sperma dan antioksida yang melindungi sel dari rosak

ZINC COMPLEX

  • membantu proses penghasilan hormon testosterone pada lelaki 
  • membantu tindakan hormon progesteron dan estrogen yang lebih baik pada wanita

GLA COMPLEX

  • membantu dalam keseimbangan hormon progesteron pada wanita.
  • membantu peningkatan mukus pada serviks ketika ovulasi yang sangat 'disukai' oleh sperma

CoQ HEALTH PLUS

  • berfungsi sebagai antioksida dan meningkatkan tenaga sel ovum wanita sekaligus membantu penghasilan telur yang lebih berkualiti bagi meningkatkan peluang kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran terutamanya di kalangan wanita berumur yang telah menurun kuliti ovumnya
  • membantu menambah tenaga sel sperma, sekaligus membantu meningkatkan kuantiti dan pergerakan sperma. Antioksida membantu perlindungan sel sperma dari kerosakan

Tahniah kepada pengguna Set Kesuburan Shaklee yang telah berjaya!


Sebahagian pengguna yang telah berjaya hamil : 
  1. Puan Suria (34 tahun) & Encik Ahmad (37 tahun), berusaha untuk hamil anak ke-3. Anak bongsu telah berumur 7 tahun. Ambil set kesuburan asas selama 2 bulan. Disahkan mengandung pada bulan ke-3
  2. Puan Ain (32 tahun), telah berkahwin selama 6 tahun, tidak pernah mengandung/ gugur. Mencuba set kesuburan (untuk isteri sahaja) selama 4 bulan. Disahkan mengandung pada bulan ke-5
  3. Puan Fatin (30 tahun), berusaha untuk hamil anak ke-2. Anak pertama telah berumur 4 tahun. Ambil set kesuburan asas selama 3 bulan. Disahkan mengandung pada bulan ke-4
  4. Puan Adlin (24 tahun), telah berkahwin selama 2 tahun, tidak pernah mengandung/ gugur. Masalah cyst dan haid tidak teratur. Mencuba set kesuburan (untuk isteri sahaja) selama 2 bulan. Disahkan mengandung pada bulan ke-3

.... dan banyak lagi kisah mereka yang berjaya. Seterusnya mungkin anda! Dapatkan sekarang dari saya.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

TESTIMONI CoQ Health Plus : Tenaga luar biasa!

CoQ Health Plus baru memasuki pasaran Malaysia pertengahan 2013. Bagi yang mengetahui kebaikan supplemen CoQ10 ni, memang berebut-rebut mendapatkannya dari Shaklee. Apa kata mereka yang dah cuba?

Farah : Denyut jantung bertambah baik, tidak termengah dan kulit tidak kusam lagi

Wan : Badan lebih bertenaga dan kurang mengah turun naik tangga!


Encik ****** : Tenaga 'luarbiasa'



Haa... tak percaya? Cuba sendiri! Sangat sesuai untuk mereka yang cepat letih dan mengah, nak jaga kecantikan kulit, jantung dan banyak lagi... Baca info produk di sini

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Cara beli produk Shaklee dengam lebih murah dan jimat

Harga produk Shaklee mahal? 


Ada yang kata produk Shaklee ni mahal. Ada juga yang kata murah. Mahal atau murah sebenarnya tidak boleh diukur dari jumlah wang semata-mata. Nilai bagi duit yang dikeluarkan mesti sepadan dengan kualiti dan manfaat dari setiap pembelian. Secara peribadi, saya berpendapat produk Shaklee ni tak MAHAL seperti didakwa. Boleh baca di sini mengenai pendapat saya berkenaan isu ni. Apa pun, zaman sekarang ni susah nak jumpa harga barang yang murah kecuali ianya barang terpakai ataupun barang yang rendah kualitinya. Nasi lemak sebungkus pun susah nak jumpa harga di bawah RM1.00 (ke memang dah takde). Dulu, nasi lemak RM 1 ni penuh dengan kacang, bilis, timun, telur dan ikan masin. Sekarang mungkin sambal dan nasi sahaja. Harga minyak setiap tahun naik (ke setiap beberapa bulan?). Syukur, selama dua tahun mengenali Shaklee ni belum ada sekalipun harga produk naik walaupun 1 sen. Tak seperti produk MLM lain yang saban tahun kedengaran berita peningkatan harga.  

Macam mana nak beli produk Shaklee pada harga murah?


Kawan-kawan dan kenalan pernah tanya, cara nak beli produk Shaklee pada harga murah? Betul, ramai yang berminat nak cuba produk Shaklee tapi masih berkira-kira bila dapat tahu harganya. Maklumlah, belum pernah mencuba. Bila dengar harga bagi sebotol VitaLea Iron Formula (Multivitamin) adalah RM88.75, nampak mahal kan? Tapi kandungannya 120 biji, menjadikan harga sebiji mutivitamin adalah RM0.74 bersamaan RM1.48 sehari (Saiz hidangan : 2 biji sehari) atau RM44.38 sebulan.

Masih rasa mahal? Baiklah, kalau begitu eloklah anda cuba mana-mana langkah di bawah bagi mendapatkan harga produk Shaklee yang lebih murah atau dengan cara yang lebih jimat : 
  1. Daftar sebagai ahli :  Setelah berdaftar sebagai ahli, anda akan dapat membeli rangkaian produk Shaklee pada harga yang lebih murah. Penjimatan adalah sebanyak 5-20% bagi ahli, bergantung kepada jenis produk. Bagaimana nak jadi ahli, boleh klik di sini
  2. Beli produk promosi :  Buat masa ini, Shaklee ada menawarkan produk promosi pada setiap bulan. Anda tidak akan mendapat harga diskaun bagi seunit produk, sebaliknya satu unit diberi secara percma bagi setiap 6 unit yang dibeli. Pendek kata, BUY 6 FREE 1. Contoh promosi September 2013 adalah CoQ Health Plus. Anda boleh kongsi beli dengan 6 orang rakan/ ahli keluarga lain atau beli 6 botol untuk kegunaan sendiri dan dapat percuma 1 botol : 

Setakat ini, dua cara sahaja yang saya yakin dapat anda mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat. Jika ada cara lain, saya akan update entry ni kemudian ye. Jika berminat nak cuba cara 1 atau 2 atau 3 (jeng jeng jeng?) sila hubungi saya untuk bantu anda! Selamat menSHAKLEEkan diri masing-masing ye...


Your Shaklee Independent Distributor : 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Kenapa harga produk Shaklee mahal?


Saya ingat lagi, mula-mula berkenalan dengan Shaklee ni 2 tahun lepas. Masa tu saya tercari-cari supplement untuk bantu saya menyusukan anak yang berusia 7 bulan. Cerita penuh mengenai kisah saya dengan set menyusu ada di sini. Ketika itu, memang saya agak skeptikal dengan produk-produk supplemen ni. Tapi maklumlah manusia... bila dalam keadaan terdesak apa pun boleh berubah, termasuk cara berfikir. Bila saya 'Google' info mengenai produk untuk bantu ibu menyusu, saya jumpa banyak maklumat mengenai Shaklee. Dan yang paling mencuri tumpuan adalah Energizing Soy Protein a.k.a ESP Isolate Protein yang memang meletup-letup di pasaran sejak dulu lagi.

Setelah beberapa hari buat 'survey' harga, saya batalkan sahaja niat nak beli produk Shaklee. Masa tu dalam keadaan gaji yang cukup-cukup sudah untuk kegunaan harian, saya fikir RM300+ untuk membeli satu set vitamin untuk diri sendiri adalah MAHAL. Saya kira ia adalah KEHENDAK sahaja, bukan KEPERLUAN walaupun ada masa RM300 tu senang-senang je keluar dari poket saya untuk beli benda-benda yang tak perlu.. (heheheheeh)

Kemudian saya cuba cari alternatif lebih MURAH. Akhirnya saya memilih untuk mencuba minuman protein soya jenama **T****T* yang lebih murah (pada pendapat saya ketika itu). Hampir habis satu tin protein soya tu, hasilnya tak seperti yang saya harapkan. Sedikit kecewa dan terkilan juga dibuatnya sampai saya rasa stress dan sedih. Setelah berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk keluarkan sedikit wang untuk beli set menyusu Shaklee. Kira pejam mata jugalah masa beli tu. Suami yakinkan saya, Insya Allah berbaloi melabur untuk kesihatan. Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun mencuba.. hasilnya amat memuaskan hati. Saya rasa sangat berbaloi dan terus mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Ketika itu, tak terfikir lagi untuk cari pendapatan dari Shaklee. Niat hanya untuk dapatkan produk pada harga ahli sahaja.

Beberapa bulan menjadi pengedar dan konsisten meneruskan supplemen Shaklee ini, membuatkan saya semakin rajin belajar dan mencari gali info mengenai produk-produk dan kesihatan. Salah satu yang saya sedar adalah mengenai harga produk Shaklee yang sebenarnya tidak seMAHAL yang saya sangka. Bila buat sedikit research dan pemerhatian peribadi, produk Shaklee adalah jauh lebih JIMAT berbanding dengan barisan produk jenama popular yang dijual secara komersial di farmasi contohnya. Contohnya bila saya bandingkan VitaLea Iron Formula Shaklee (multivitamin) dengan multivitamin jenama **** yang biasa dijual di farmasi.

Harga

  • Sebotol VitaLea berharga RM88.75 (harga runcit) dengan kandungan 120 tablet
  • Sebotol **** berharga RM34.50 dengan kandungan 30 tablet
# cadangan pengambilan VitaLea adalah 2 biji sehari. Sebotol untuk kegunaan 2 bulan. Jadi kos sehari multivitamin anda ialah RM 1.48
# cadangan pengambilan **** adalah 1 biji sehari. Sebotol untuk kegunaan 1 bulan. Jadi kos sehari multivitamin anda ialah RM 1.15

Kesimpulan saya : Sekali kira memang Shaklee lebih mahal dari ***** sebanyak RM0.33 Tapi ni tidak ambil kira harga ahli yang jauh lebih murah. Jika anda konsisten mengamalkan produk Shaklee, menjadi ahli memang pilihan yang BIJAK!


Kandungan


  • VitaLea : Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral
  • ****  : Mengandungi 12 vitamin dan 8 mineral

Kesimpulan saya : Sekali baca memang banyak kandungan yang sama seperti Vitamin A dan Vitamin D3. Dan ada pula yang beza macam langit dan bumi. Biotin dalam Shaklee jauh lebih tinggi dari *****... Jika anda cari info mengenai biotin, anda akan dapati biotin ni mahal, sebab tu kebanyakan pengeluar supplement mengurangkan kandungan biotin


Ujian Klinikal, Kajian dan Analisa (Clinical Research, Research and Testing)

  • Shaklee mengeluarkan kos sebanyak 250 Juta US Dollar setahun untuk menjalankan clinical study, Research and Testing
  • Syarikat **** mengeluarkan kos sebanyak 2 Juta US Dollar setahun untuk perkara yang sama
Kesimpulan saya : Bab ni memang Shaklee sukar ditandingi. Siapalah yang nak keluarkan pelaburan yang tinggi HANYA untuk analisa, ujian dan kajian ke atas produk. Sedangkan banyak lagi kos lain yang lebih menguntungkan jika dibuat pelaburan besar, kan?

Kenapa produk Shaklee Mahal

Setelah membuat perbandingan, sekarang saya faham kenapa produk Shaklee lebih 'mahal' dari produk lain. Dengan mengambil contoh di atas, boleh saya katakan produk Shaklee adalah berkualiti dari segi bahan yang digunakan dan yang pasti terjamin keselamatan dan keberkesanannya kerana telah melalui saringan dan ujian klinikal yang ketat. Secara peribadi saya rasa tidak adil untuk bandingkan VitaLea Shaklee dengan multivitamin ***** kerana sebenarnya keduanya tidak sekufu 'par' pun. Tapi bila saya mencari-cari multivitamin lain, memang nyata tak setaraf untuk dibuat perbandingan. Itupun perbandingan dibuat dari tiga aspek sahaja. Ada lagi yang boleh dibandingkan, cuma tak perlu diperincikan di sini.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

CoQ Health Plus , Terbaru dari Shaklee



Produk terbaru Shaklee yang masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2013 adalah CoQ Health Shaklee. Ramai yang masih belum berkenalan dengan produk ni. Jadi apa kata kita tinjau sekejap fakta penting mengenai produk ni : 

Kandungan CoQ Health Plus Shaklee


Produk ini diadun dari bahan semulajadi sepenuhnya. Tiga bahan penting dalam CoQ Health Plus ini ialah CoQ 10, Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau. 
  • CoQ 10 : diperolehi dari proses penapaian yis yang telah diuji sumbernya dan mempunyai bioavailability yang tinggi
  • Vitamin E : Gabungan vitamin E dan CoQ 10 menjadikan kuasa antioksidan yang lebih baik kerana CoQ 10 berfungsi mengitar dan enjana semula vitamin E di dalam sel
  • Ekstrak Teh Hijau : Manfaat yang tinggi kepada kesihatan jantung dari sejenis bahan yang ditemui dalam teh hijau iaitu procyanidins

Manfaat dan faedah pengambilan CoQ Health Plus

  • Membantu peredaran darah yang lancar melalui arteri
  • Membekalkan tenaga pada peringkat selular
  • Mencegah pengoksidaan kolesterol LDL
  • Membantu kesihatan jantung

Siapa yang sangat digalakkan mengambil CoQ Health Plus?


  • Lelaki dan wanita dewasa serta warga tua yang mengambil berat mengenai kesihatan jantung
  • Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang dipercayai mengurangkan penghasilan Coenzyme 10 secara semulajadi oleh tubuh
  • Mereka yang mempunyai masalah jantung, kanser, imuniti, saraf (seperti Parkinson dan Alzheimer), tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, migrain dan asthma
  • Lelaki/ wanita yang aktif dan mahu meningkatkan prestasi atletik mereka
  • mereka yang ingin mengawal berat badan
  • Lelaki/ wanita yang ingin meningkatkan kecantikan kulit dan kesuburan



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk ini!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent
DistributorID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

TESTIMONI : Berat badan bertambah 2 kg dalam seminggu dan 6 kg sebulan!

Kenalan saya ni memang kurus sangat. Memang teringin dia tambah berat badan supaya dapat berat yang ideal, sesuai dengan ketinggian. Maklumlah, kurus sangat pun tak bagus juga. Ada macam-macam risiko kesihatan jika underweight dan dari segi penampilan pun jadi kurang menarik pula. Bagi membantu, saya telah mencadangkan tiga jenis produk Shaklee iaitu VitaLea Iron Formula, B Complex dan Meal Shakes (baca penerangan set tambah berat di sini). Alhamdulillah berat kawan saya ni bertambah 2 kg dalam masa seminggu sahaja! Mungkin kesan pengambilan suplement yang diambil secara konsisten membantu perubahan yang cepat. Tambahan pula, saya sertakan konsultasi cara pemakanan dan tips tambah berat untuk diamalkan. Jom kita baca apa kata kawan saya ni...


Seorang lagi kawan saya pula hanya mengambil Meal Shake sahaja untuk diri sendiri dan anak-anak. Masalah beliau juga adalah badan yang terlalu kurus, selalu keletihan dan senang jatuh sakit. Syukur, berat badan bertambah 6 kg dalam masa sebulan, selera makan semakin baik dan tidak mudah letih lagi.



Begitulah beberapa pengakuan pengguna yang saya nak kongsikan. Jika anda mengalami masalah yang sama, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya jika nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini yang ternyata berkesan dan selamat. 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Cara/ Tips tambah dan naikkan berat badan yang selamat dan berkesan

Ramai juga yang rungsing bila badan terlalu kurus atau berat badan kurang, di bawah paras normal. Bukan sahaja kelihatan tak menarik, berat badan kurang ini juga boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kritikal seperti saya tulis di sini. Bagaimana agaknya cara nak tambah berat badan ya? Di sini saya nak kongsi satu persatu langkah untuk diamalkan jika anda nak tambah berat badan : 

TIPS TAMBAH BERAT BADAN



1. Kenalpasti berat badan anda 


Adalah penting untuk anda mengetahui di mana kedudukan berat badan anda. Secara umumnya, Body Mass Index (BMI) digunakan untuk mengukur nisbah berat dan ketinggian anda. Berikut adalah cara pengirannya : 


BMI = Berat badan (dalam unit kilogram)
            Tinggi x Tinggi (dalam unit meter)


Hasil pengiraan akan menunjukkan angka yang boleh diterjemahkan seperti berikut : 
  • Kurang dari 18.5 : Kurang berat badan 
  • 18.5 hingga 25.0 : Berat badan Normal 
  • 25.0 hingga 30.0 : Berat badan berlebihan 
  • Lebih dari 30.0 : Obesiti 



Setelah mengetahui kedudukan berat, anda boleh menganggarkan berat ideal yang sepatutnya anda miliki. Oleh itu, lebih mudah untuk meletakkan sasaran pertambahan berat yang diperlukan 

2. Tambah kalori dalam diet harian anda 

Menambah berat badan tidak semestinya bermakna anda perlu menambah kuantiti makanan yang dimakan. Yang lebih penting, anda mengambil makanan yang mempunyai kalori lebih tinggi untuk meningkatkan berat badan anda. Kira keperluan kalori semasa anda (bagi mengekalkan berat badan sedia ada) menggunakan kalkulator kalori seperti di sini. Contoh : 

  • Jantina : Perempuan 
  • Tinggi : 170 cm 
  • Berat : 45 kg 
  • Tahap keaktifan : Tidak aktif 
  • BMI : 15.5 
  • Keperluan kalori : 1720 kalori/ hari

*1 lbs (pound) lemak badan = 0.45kg lemak badan = 3500 kalori

Oleh itu, untuk menambah 1lbs (0.45kg) seminggu, anda mungkin perlu menambah 500 kalori sehari (500 kalori x 7 hari seminggu = 3500 kalori)

3. Pastikan nutrien seimbang dalam diet harian 

Nutrien yang seimbang kandungan karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral adalah sangat penting ketika anda cuba menambah berat badan. Setiap nutrien ini mempunyai peranan masing-masing yang membantu mendapatkan berat badan ideal

  1. Karbohidrat : Karbohidrat kompleks seperti nasi, pasta dan roti yang dimakan berfungsi membekalkan tenaga kepada badan kita. Karbohidrat akan ditukarkan kepada glukos dalam darah dan ditukar lagi ke dalam bentuk glycogen untukdisimpan di dalam otot dan hati. Pengambilan karbohidrat yang tinggi akan menyebabkan kandungan glycogen yang berlebihan. Glycogen berlebihan ini akan terkumpul dan membentuk lemak, seterusnya membantu penambahan berat badan 
  2. Protein : Pengambilan kalori yang mencukupi tidak membantu jika jisim tubuh tidak bertambah. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam diet adalah penting semasa proses menaikkan berat badan. Ia membina otot dan membantu mendapatkan jisim tubuh yang sesuai. Makanan yang kaya dengan protein adalah seperti telur, kacang soya, daging dan produk tenusu.
  3. Lemak : Elakkan pengambilan lemak berlebihan terutamanya lemak trans yang boleh menyebabkan pertambahan berat yang tidak sihat. Ia boleh berkumpul pada bahagian tertentu tubuh seperti perut dan menyebabkan buncit.
  4. Serat : Pengambilan sayur dan buahan yang kaya serat perlu bagi membekalkan nutrien yang mencukupi. Sebaiknya pilih sayur dan buahan dari jenis berkanji dan sejat seperti kentang, jagung, pisang, epal dan sebagaiya. Elakkan dari jenis berair seperti tembikai, oren, timun, kobis bunga dan yang seumpamanya.
  5. Supplemen : Terdapat makanan tambahan yang boleh membantu dalam menambah berat badan. Pengambilan vitamin boleh membantu mengisi 'nutrien gap' yang tidak dapat dipenuhi dari diet harian. Pilihla produk yang selamat, semulajadi dan berkesan. 

4. Elakkan makanan ringan tak berkhasiat

Makanan ringan diproses kebanyakannya tidak sihat dan tidak selamat kerana mengandungi bahan tiruan dan sintetik sebagai pewarna, perasa, penstabil dan pengawet. Kandungan gula yang tinggi dan ketidakseimbangan nutrisi dalam makanan ringan boleh menyebabkan berat badan tidak normal.

5. Ambil kudapan sihat antara waktu makan

Bagi memastikan kalori mencukupi bagi proses menambah berat badan, ambillah kudapan sihat seperti kekacang, buah-buahan kering dan snek sihat lain sekurang-kurangnya dua kali sehari di antara waktu makan. 

6. Lakukan senaman

Senaman bukan hanya diperlukan oleh mereka yang ingin membakar kalori bagi menurunkan berat badan. Ia juga diperlukan untuk membina otot bagi menambah berat badan. Pertambahan otot akan menyebabkan selera bertambah secara sihat. Senaman ringkas seperti mengangkat berat, berjalan dan berbasikal juga boleh membantu

PRODUK SHAKLEE YANG DISYORKAN BAGI MENAMBAH BERAT

  • VitaLea Iron Formula : Multivitamin dengan formula iron yang mengandungi 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan fungsi normal. Dapat membantu mengisi 'vitamin gap' yang mungkin ada. 
  • B-Complex : Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Vitamin B1 (thiamine) membantu menaikkan selera jika anda menghadapi masalah tersebut. Vitamin B2, B5 dan B12 pula membantu metabolisma makanan kepada tenaga yang baik dan membantu dalam proses menambah berat.
  • Meal Shakes : Serbuk protein dari susu lembu yang dilengkapi dengan multivitamin, mineral dan serat. Protein membantu dalam pembinaan otot dan sel baru yang sihat. Sesuai dijadikan hidangan snek yang selamat dan sihat dengan rasa 'French Vanilla' yang lazat.

Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, boleh hubungi saya. Semoga anda berjaya menambah berat badan ke tahap yang normal! Pilihlah untuk sihat..

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor 
ID : 854120 
+6019 936 6681 
www.facebook.com/bigsmilezone 
bigsmilezone@gmail.com

10 sebab kenapa kena pilih vitamin dan supplement Shaklee

Mungkin ramai dah tau kenapa kita perlu ambil vitamin sebagai makanan tambahan. Tapi ramai tak tahu nak pilih jenama apa. Manakan tidak, sekarang vitamin bukan hanya dijual di farmasi sahaja. Kedai runcit pun dah ada yang jual makanan tambahan  dan vitamin. Itu belum cerita mengenai lambakan produk-produk kesihatan yang tak diketahui asal usulnya. Label hanya sekadar syarat, tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kandungannya pun boleh diragui. Bila masuk farmasi pula, macam-macam jenama vitamin tersusun di rak. Nak pilih yang mana pun tak tahu.

Berikut adalah *10 sebab kenapa Shaklee adalah pengeluar produk supplement dan vitamin terbaik di pasaran: 
  1. Shaklee menjalankan lebih dari 100,000 ujian setiap tahun bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk
  2. Setiap satu lot produk Shaklee diuji 100% untuk memberi jaminan bahawa setiap satu bahan yang tertulis pada label hadir dalam amaun yang sepatutnya
  3. Semua bahan yang digunakan dalam produk-produk Shaklee adalah mematuhi protokol Shaklee yang sangat ketat dan unik dalam industri farmasutikal. Ujian-ujian adalah untuk mengesan sehingga 350 bahan cemar (kontaminan) termasuk racun serangga, racun tumbuhan, logam berat, residu dan lain-lain
  4. Saintis Shaklee telah mencipta formula supaya bahan aktif utama dimasukkan pada paras efisien secara klinikal yang mana kebanyakannya adalah lebih tinggi dari paras yang digunakan oleh pengeluar produk serupa di pasaran
  5. Setiap produk diformulasi dengan kandungan nutrisi yang telah dikaji secara meluas bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya. Produk Shaklee tidak terikut trend semasa tetapi menggabungkan keperluan dan manfaat dari bukti saintifik dan /atau epidemiologi
  6. Shaklee menggunakan sistem yang maju dan telah terbukti berkesan untuk meningkatkan bioavailabiliti. 
  7. Semua bahan-bahan digunakan dalam produk mestilah diterima dari sudut pandangan falsafah Shaklee yang diteliti dengan terperinci mengenai keselamatannya. Shaklee tidak menerima Sijil Analisis (Certificate of Analysis) dengan mudah seperti pengeluar produk lain. Ujian semula dijalankan oleh Shaklee untuk mengesahkan Sijil Analisis adalah tepat.
  8. Shaklee komited untuk mengelakkan penggunaan rasa pemanis, tiruan dan bahan pengawet tambahan. Bahan mentah juga tidak menggunakan yang telah diubahsuai secara genetik (GMO).
  9. Shaklee membangunkan banyak piawaian dan protokol pengilangan yang sekarang dikenali sebagai Amalan Pengilangan Baik (GMPs).
  10. Prestasi produk dibuktikan secara berterusan melalui :
  • Lebih 100 penerbitan saintifik , lebih 90 darinya diulas di dalam jurnal
  • Landmark Studies satu-satu kajian seumpamanya pernah dijalankan oleh pengeluar supplemen. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil suplemen Shaklee sepanjang tempoh 20 tahun yang mempunyai kesihatan yang ketara yang lebih baik daripada orang yang menggunakan suplemen jenama lain atau tidak mengambil suplemen langsung.
  • Produk Shaklee digunakan oleh atlet untuk memenangi 125 pingat dalam pelbagai kejohanan
  • Produk Shaklee digunakan oleh peneroka dunia,  7 “Greatest Adventures of All Time,” dan  produk rehidrasi khas (dipanggil Astro-Ade ) digunakan angkasawan denganNASA
  • Berjaya membuat pencapaian dan anugerah dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab alam sekitar

*kenyataan oleh Dr Jamie McManus, MD, FAAFP Pengerusi Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan untuk Shaklee Corporation

Jangan ragu-ragu lagi.. pilihlah Shaklee sebagai jenama suplemen dan vitamin anda... Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan!

Orang yang kurang berat badan @ terlalu kurus senang dapat sakit/ penyakit!

Selalu orang risau pasal berat badan berlebihan kan? Tapi.. baru-baru ni saya baca artikel dari http://www.dailymail.co.uk  mengenai masalah berat badan yang kurang. Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal (BMI < 18.5) sebenarnya akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti : 

1. Keguguran dan masalah kehamilan (bagi ibu mengandung) : Kajian ke atas 603 wanita yang underweight menunjukkan, 72% berisiko mengalami keguguran janin semasa trimester pertama. Satu lagi kajian ke atas 943,000 wanita di Sweeden menunjukkan wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko alahan mengandung yang teruk semasa mengandung. 

2. Masalah kesuburan lelaki : Penyelidik Denmark pula mendapati terdapat kaitan di antara berat badan lelaki dengan kualiti dan kuantiti sperma. Jika berat badan kurang, kuantiti sperma adalah 33% lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. 

3. Masalah paru-paru : Wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah paru-paru seperti pneumonia, bronchitis dan asthma apabila usia bertambah. Penyelidik juga mendapati, wanita yang underweight mempunyai kesukaran dengan hormon pertumbuhan yang dipanggil "growth-factor". Ia menyebabkan kesihatan tisu pada paru-paru sukar untuk dikekalkan. 

4. Kemalangan : The American Journal of Public Health menunjukkan satu kajian oleh Wisconsin Medical College ke atas 22,000 orang, lelaki yang underweight mempunyai risiko tinggi untuk mati akibat kemalangan, berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal/ berlebihan 

5. Tulang rapuh : Kajian menunjukkan lebih kurus seseorang wanita itu, lebih rendah kepadatan tulang mereka. Kajian ke atas 3,383 wanita underweight yang berusia menunjukkan, mereka lebih mudah mendapat keretakan tulang pinggul. 

6. Arthritis : Kajian The Mayo Clinic mendapati, orang yang kurus dan underweight mempunyai lebih kesukaran jika menghidapi arthritis. Apabila arthritis berlaku, keradangan berlebihan boleh berlaku tiga kali ganda lebih di seluruh badan.

7. Penyakit jantung : Penyelidikan mengkaji genetik 75,000 orang yang mempunyai gen kurus IRS1 mendapati mereka lebih mudah mempunyai paras lemak yang tinggi di dalam darah. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik memberi amaran, "Lemak yang disimpan di dalam badan adalah lebih berbahaya dari lemak yang tersimpan di bawah kulit" 

8. Diabetes : Individu dengan gen kurus IRS1 juga adalah berisiko tinggi mendapat diabetes type 2 sebanyak 20% lebih tinggi. 

9. Kanser payudara : The Karolinska Institute di Stockholm, Sweden menjalankan kajian ke atas 6,000 wanita. Mereka mendapati wanita Sweeden yang mempunyai berat yang lebih tinggi semasa muda mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser payudara ketika menopause. Walaubagaimanapun, berat berlebihan semasa berusia pula meningkatkan risiko kanser payudara hingga menyebabkan kematian. 

10. Tekanan : Kajian di Sweden mendapati lelaki kurus atau underweight adalah lebih mudah mengambil keputusan membunuh diri. Mereka yang underweight mempunyai 12% lebih risiko. Mereka yang overweight pula mempunyai 12% kurang risiko membunuh diri

Nak info mengenai cara yang selamat tambah berat badan?

Hubungi saya!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Tips Kesihatan untuk Persediaan Bakal Jemaah Haji atau Umrah



Musim haji telah tiba! Segala persiapan telah disediakan dari segi fizikal, mental,' rohani dan jasmani. Berikut adalah tips asas penjagaan kesihatan untuk bakal haji dan umrah :

TIPS RINGKAS UNTUK KESIHATAN BAKAL JEMAAH HAJI DAN UMRAH

  1. Pemeriksaan kesihatan : Beberapa minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci, dapatkan pemeriksaan kesihatan dari doktor anda. 
  2. Vaksinasi : Pastikan anda telah mendapat vaksin yang disyaratkan sebelum meninggalkan negara seperti vaksin Meningitis. Beberapa vaksin lain boleh diambil sekiranya perlu contohnya untuk masalah polio, hepatitis dan tetanus.
  3. Bekalan ubat, supplemen dan vitamin : Sekiranya anda sedang mengambil ubat atau rawatan tertentu, pastikan bekalan ubat tersebut mencukupi untuk sepanjang tempoh di Tanah Suci. Selain itu disarankan juga supaya bekalan suplemen dan vitamin yang sesuai dibawa bersama bagi membantu penjagaan kesihatkan, meningkatkan imuniti dan tenaga berkekalan semasa sibuk beribadah kelak.
  4. Minum air secukupnya : Ketika cuaca panas dan sejuk serta pertambahan aktiviti yang dilakukan seharian akan menyebabkan tubuh anda mudah terhidrat. Minum lebih banyak air dari biasa. Elakkan minum air sejuk dan lebihkan air kosong berbanding air berperasa.
  5. Makanan yang bersih dan selamat : Adalah menjadi keperluan untuk anda memilih makanan yang bersih dan selamat. Jangan makan berlebihan, ambil makanan yang tidak mengganggu penghadaman serta disediakan dengan cara yang bersih. Pencemaran makanan sangat mudah berlaku disebabkan persekitaran yang terdedah dengan manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
  6. Pakaian yang sesuai : Pakaian yang sesuai untuk cuaca panas dan sejuk juga adalah penting bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu
  7. Jaga kebersihan : Di sepanjang tempoh anda menjadi tetamu Allah, penjagaan kebersihan perlu dititik beratkan. Ia bukan sahaja tuntutan agama malahan penting bagi mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan penyakit dan masalah kesihatan lain
  8. Elakkan terdedah kepada cuaca panas : Seperti anda sedia maklum, cuaca di Tanah Suci adalah lebih panas di waktu siang berbanding di Malaysia. Elakkan diri dari terdedah kepada cuaca panas secara berterusan dalam jangkamasa panjang. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, demam, sakit tekak, batuk dan sebagainya
  9. Rehat dan tidur secukupnya : Walaupun anda akan sibuk melaksanakan rukun haji/ umrah dan berlumba-lumba mengambil peluang beribadah, cuba rehat dan tidur secukupnya apabila berpeluang. Rehat dan tidur yang tidak cukup akan menjejaskan kesihatan sekaligus boleh mengganggu kelancaran perjalanan ibadah kelak.
  10. Rawatan kesihatan : Apabila anda mendapati sesuatu yang tidak kena pada kesihatan anda, dapatkan rawatan kesihatan serta-merta tanpa berlengah. Masalah yang kecil bagi anda mungkin hanyalah tanda kewujudan masalah kesihatan yang lebih besar. Jangan sesekali mengambil mudah dengan masalah-masalah kesihatan 'kecil'.

CADANGAN VITAMIN/ SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI DAN UMRAH


  1. VitaLea Iron Formula : Multivitamin dengan formula iron yang mengandungi 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan oleh tubuh. Dapat membantu mengisi 'vitamin gap' yang dihadapi oleh jemaah haji disebabkan pemakanan yang tidak seimbang
  2. Sustained Release Vita -C/ Chewable Vita-C : Antioksida larut air yang membantu meningkatkan sistem imuniti badan para jemaah yang terdedah terhadap pelbagai risiko kesihatan di sebabkan perubahan cuaca, persekitaran dan rebakan penyakit di kalangan jutaan manusia
  3. B-Complex : Membantu metabolisme makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress. Keletihan dan stress mudah terjadi di kalangan bakal jemaah disebabkan penggunaan tenaga dalam pergerakan yang banyak dan suasana persekitaran yang baru
  4. Performance Drink : Membantu masalah kekurangan dan kehilangan air dalam badan. Memberi tenaga segera samada sebelum, semasa atau selepas melaksanakan aktiviti di Tanah Suci kelak.
  5. Nutriferon : Menggalakkan penghasilan inteferon secara semulajadi bagi meningkatkan sistem imun badan bagi melawan ancaman flu, pathogen seperti virus dan bakteria
  6. OsteMatrix : Kalsium dan Magnesium membantu kesihatan otot dan saraf. Pergerakan yang banyak boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada kaki, tangan dan dsb.
  7. Advanced Joint Health Tablet : Membantu kesihatan tulang dan sendi. Sangat sesuai diamalkan bagi bakal jemaah yang mengalami sakit sendi seperti lutut, pinggang, tengkuk, bahu dsb.
  8. CoQ Health Plus : Membantu penghasilan tenaga bagi kesihatan jantung serta membantu peredaran darah yang lancar ke seluruh badan

Jangan lupa dapatkan bekalan makanan tambahan untuk membantu tubuh lebih cergas, sihat dan bertenaga sepanjang menunaikan rukun Islam ke-5 ini....

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone 
bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...