Petua Kesuburan - Perkara yang perlu dielakkan jika sedang cuba untuk mengandung

Selalunya dalam usaha mendapatkan anak/ zuriat, kita akan sibuk cari petua-petua dan tips-tips yang mungkin membantu. Ramai lebih berminat nak tau apa doa-doa dan zikir yang sesuai diamalkan (macam saya pernah tulis di sini) atau ada yang lebih berminat mencari ubat atau makanan yang boleh meningkatkan kesuburan seperti dalam senarai ini. Tapi jangan lupa.. sebagai salah satu usaha nak dapatkan zuriat, kena juga kita tahu apa perkara-perkara, makanan-makanan dan tabiat-tabiat yang patut dijauhi, dielakkan dan dikurangkan. Kalau orang kampung kata 'pantang-larang' yang kena diikuti bagi mereka yang merancang untuk hamil. Antaranya:


Kafein

Kadar kafein yang tinggi dalam makanan/ minuman dikatakan boleh mengurangkan kadar kesuburan wanita. Jika anda sedang merancang kehamilan, mengurangkan pengambilan kafein mungkin membantu anda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat perubatan mengenai isu ini, salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.



Dadah/ ubat-ubatan sintetik

Ubat sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi

Toksin

Lelaki dan wanita zaman sekarang terdedah kepada toksin akibat penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. Toksin boleh mengganggu kesuburan. (Baca info mengenai Detoks di sini)




Nikotin

Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. Walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda

Alkohol

Alkohol sememangnya tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan

Mandian air panas

Memang seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air panas atau berada di bawah pancuran air panas. Tapi awas! suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.


Pencuci Intim Wanita

Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang. Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih. Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'

Diet

Elakkan mengawal diet anda secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan

Berat badan tidak ideal

12% kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan. Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. Sebaliknya, berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan. Tapi berita baik bagi masalah ini ialah - kadar kesuburan dapat dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal.

Terlalu aktif sukan/ aktiviti fizikal

Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.

Seluar dalam ketat

Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.










Selamat Mencuba ye....


ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...