What is Collagen a.k.a Apa itu Collagen?

Dalam kesibukan promosi supplement collagen di sana sini, masih ramai lagi tak tahu apa itu Collagen (Kolagen). Dalam statistik pakcik Google pun menunjukkan ramai yang tekan butang search untuk cari 'What is Collagen'?

Sebenarnya, apa benda Collagen ni?

Perkataan 'Collagen' ni asalnya dari Bahasa Yunani yang bermaksud 'pelekat'. Collagen @ Kolagen ni sebenarnya adalah sejenis protein yang terbina dari rangkaian asid amino tertentu seperti glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Ia terbina dari Hidrogen, Karbon dan Oksigen. Kira-kira 30% protein dalam badan manusia adalah kolagen. 

Jenis-jenis Collagen?

Secara umum, ada 5 jenis utama collagen pada badan manusia. 90% collagen badan manusia adalah Colagen Type 1.  
  • Collagen Type 1 : kulit, tendon, organ, tulang
  • Collagen Type 2 : kartilaj
  • Collagen Type 3 : fiber pada tisu penyambung
  • Collagen Type 4 : asas kepada membran sel
  • Collagen Type 5 : permukaan sel, rambut dan plasenta

Sumber Kolagen untuk makanan tambahan (supplemant)?

Hari ni, collagen digunakan dalam bidang perubatan, kosmetik dan produk farmaseutikal secara meluas. Collagen sebagai makanan tambahan diperolehi dari sumber berikut:
  • Haiwan darat : lembu, ayam, babi, arnab - dari kulit, organ
  • Marine : Ikan - dari sisik, kulit

Kenapa Collagen ni penting?

Kolagen ni unsur yang penting dalam tisu penyambung, kulit, otot, salur darah, tulang, jantung, pundi hempedu, rambut, kuku, pundi kencing, buah pinggang dan banyak lagi.... Tugas kolagen ni sebenarnya untuk bagi kekuatan kepada struktur badan, jadi struktur badan kita ni kuat dan terhalang dari ancaman pathogen, toksin dan sel kanser.

Bayangkan rumah yang dalam pembinaan. Kolagen ni macam simen yang pegang batu bata yang disusun. Macam tu la dalam badan kita, kolagen ni memegang sel-sel dan tisu ni bersama.

Kesan kekurangan Collagen?

  • Tulang - masalah osteogenesis imperfecta iaitu tulang rapuh dan mudah retak/ patah
  • Kulit - menggeleber, cepat berkedut dan lapisan kulit nipis
  • Otot - pergerakan regangangan otot kurang elastik
  • Pemulihan luka - luka lambat bercantum dan lambat pulih

Kebaikan mengamalkan supplements Collagen

  • Kulit - mengurangkan kedutan dan garis halus, menganjal dan meningkatkan kesihatan kulit
  • Tulang dan otot - mengurangkan masalah sakit sendi, melancarkan pergerakan dan meningkkatkan kesihatan sendi
  • Pemulihan luka - Merangsang pembentukan tisu yang cepat bagi proses pemulihan luka

Bagaimana mahu memilih supplement Collagen? 

  • Pilih produk kolagen yang mengandungi bahan-bahan semulajadi sahaja. 
  • Supplemen Collagen yang dimakan secara oral perlu mengandungi bahan-bahan antioksidan contohnya vitamin C, vitamin E dan sebagainya
  • Saiz molekul produk mestilah kecil supaya boleh diserap oleh tubuh anda.
  • Kolagen dari sumber marin adalah 7 kali lebih baik dari kolagen dari haiwan lain seperti ayam, khinzir dan kambing

Supplemen Kolagen pilihan saya? 

Tentulah Shaklee Collagen Powder



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk ini!
 ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...