Kenapa Vitamin C penting untuk semua?

Vitamin C memang vitamin paling biasa kita kenal sejak kecil lagi. Bahkan kebanyakan suplemen pertama yang diperkenalkan ialah vitamin c yang selalu kita ingat sebagai 'pil warna oren dan berperasa oren'. Teringat dulu masa masuk KUIZ KESIHATAN masa Darjah 6 (Wakil Negeri Melaka, you know!) Paling hafal pasal SCURVY - kesan kekurangan vitamin C. Masa tu tak tau la macam mana rupa scurvy... Ni dah tau, rasa ngeri pulak. Na'uzubillah la dapat gigi macam ni rupa...




SUMBER VITAMIN C


Vitamin C ini sebenarnya tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita walaupun badan sangat perlukannya. Hanya melalui makanan kita dapat bekalkan vitamin C yang diperlukan oleh sel. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Di antara makanan yang kaya dengan vitamin C:
  1. Oren
  2. Kiwi
  3. Strawberi
  4. Brokoli
  5. Kentang
  6. Keledek
  7. Lada benggala
  8. Tomato
  9. Mangga
  10. Betik
... dan banyak lagi....


FUNGSI VITAMIN C DALAM TUBUH MANUSIA


Paling biasa dengar, vitamin C ni kena makan bila kena selsema. Jangan salah faham, vitamin C ni bukan ubat ye. Sebenarnya ia satu unsur yang badan perlukan untuk berfungsi secara normal. Antara fungsi vitamin C sebenarnya : 
  • membina sel baru
  • membaiki sel rosak
  • meningkatkan sistem imun tubuh
  • antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas
  • mencegah penyakit Skurvi
  • penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan
  • meningkatkan penyerapan zat besi (iron) dalam tubuh
  • membantu pembentukan collagen 
  • membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.

SIAPA YANG PATUT AMALKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN C?


Sebenarnya semua orang perlukan vitamin C. Tapi bagi sesetengah individu, keperluan vitamin C adalah sangat tinggi seperti : 
  • perokok aktif/ pasif
  • ibu mengandung /menyusu / lepas bersalin
  • dalam proses penyembuhan penyakit/ selepas pembedahan
  • kanak-kanak
  • orang yang mudah demam dan selsema
  • orang yang mudah stress dan moody
  • pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • mereka yang mempunyai masalah anemia 
  • mereka nak kulit gebu, anjal dan awet muda (testimoni di sini)
  • penting untuk kesihatan seksual (baca fungsi vitamin C terhadap fungsi seksual di sini)

KENAPA PERLU SUPLEMEN VITAMIN C?


  • ia mudah rosak akibat aktiviti pemprosesan, memasak, penyimpanan dan lain-lain lagi. Stress pun boleh rosakkan vitamin c dalam badan kita
  • sel badan kita rosak dan diperbaharui setiap hari
  • vitamin C dari sumber semulajadi mungkin telah tercemar atau kurang nutrien akibat tanah yang kurang subur
  • pengambilan makanan harian tidak dapat menampung keperluan tubuh

CARA PILIH SUPLEMEN VITAMIN C?


  1. Amaun vitamin C adalah cukup memenuhi keperluan harian dan tidak lebih dari dos selamat. Ini kerana,  ia akan digunakan setakat mana diperlukan badan pada masa tu dan selebihnya akan larut air dan keluar melalui urin dan peluh. 
  2. Bersifat 'Pelepasan Masa' (Sustainable Release) sebab jenis ini lebih mudah diserap tubuh.
  3. Mengandungi Bioflavonoid yang seimbang dengan kandungan vitamin. Tugas bioflavonoid ni untuk elak vitamin c teroksida & badan dapat serap lebih baik
  4. Sumber dari bahan semulajadi (bukan sintetik) sebab sistem badan lebih mngenali bentuk semulajadi berbanding sintetik
  5. Ada ujian klinikal - tak semua suplemen telah diuji dan terbukti berkesan secara klinikal! 


VITAMIN PILIHAN SAYA : 


Sudah tentulah SHAKLEE! Sebab ia berbeza dengan jenama lain di pasaran... Nanti saya akan kongsi keistimewaan Vitamin C Shaklee.. Nak tahu lanjut, hubungi saya..




Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

2 comments:

  1. thanks for sharing, memang suka betul makan kiwi tapi yang jenis yogurt le

    ReplyDelete
  2. guava adalah antara yang paling banyak vitamin c..lagi banyak dari oren...jum makan guava banyak2..sedappp..hii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...